suria

Housemate pengotor tak pernah cuci baju, ‘berkubang’ atas sofa sampai tukar warna! Dah bertumbuk, maki tetap tak berubah

Keadaan bilik yang disewa seorang lelaki dipenuhi sampah serta kotor.

MENYEWA sebuah rumah bersama individu lain pastinya dapat mengurangkan kos perbelajaan bulanan.

Namun hakikatnya emosi akan terganggu apabila mendapat teman serumah yang tidak sebulu dan pengotor.

Berkongsi pengalaman buruk ketika menyewa, pelayar Twitter ini meluahkan rasa geli dan geram terhadap teman serumahnya yang seolah-olah 'kebal' penyakit.

Keadaan bilik seorang penyewa yang penuh dengan sampah sarap di atas lantai.

Keadaan bilik seorang penyewa yang penuh dengan sampah sarap di atas lantai.

Mana tidaknya, bilik yang didiami bukan sahaja bersepah dengan sampah dan berbau busuk, malah lantai juga melekit apabila dipijak.

Bukan itu sahaja, lantai berjubin putih itu juga kelihatan seperti berkarat kerana terdapat kotoran akibat tidak pernah dicuci.

Paling mengejutkan apabila bajunya tidak pernah dibasuh dan diulang pakai selama beberapa kali meskipun telah berbau busuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah la miskin, pengotor pula! Asnaf tunjuk perangai buruk, tinggal rumah sewa penuh sampah sarap... Siap block tuan rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan serumah semua kacak-kacak, tapi pengotor! Paling geli tengok jamban duduk berkerak warna hitam

Menurut lelaki itu lagi, paling menyakitkan hati apabila makanan yang dibelinya turut dimakan oleh teman serumah itu tanpa meminta keizinan terlebih dahulu.

"Housemate from hell. Pengotor, pakaian tak pernah basuh dan makan makanan orang suka hati saja.

"Housemate berasal dari Pantai Timur, negeri bermula dengan huruf K," ciapnya.

Aku pernah dapat housemate macam ni. MasyaAllah tak tahu nak cakap dia punya pemalas tu tahap macam suruh telan racun.

WARGA MAYA

Menurut pengguna Twitter itu lagi, kejadian yang paling tidak dilupakan adalah kain sofa rumahnya bertukar hitam selepas rakan serumah 'berkubang' di atasnya.

Mana tidaknya, sofa tersebut dijadikan tempat tidur selama lebih dua bulan kerana pada waktu itu kipas di biliknya rosak.

"Dia pernah 'tinggal' di sofa rumah selama dua bulan lebih sebab kipas bilik rosak. Kain sofa tu jadi hitam legam brother.

"Ada masa dia pakai boxer loose, 'lato-lato' tergantung dan lepak di sofa... aku juga yang kena basuh kain sofa tu," luahnya lagi.

Sofa yang digunakan penyewa terbabit juga bertukar menjadi hitam. -Gambar hiasan The Star

Sofa yang digunakan penyewa terbabit juga bertukar menjadi hitam. -Gambar hiasan The Star

Disebabkan tidak tahan dengan situasi sebegitu, dia anggup membelikan kipas baharu untuk teman serumahnya sekali gus mengelakkan dia daripada terus menggunakan ruang tamu dan sofa sebagai tempat tidur.

"Masa tukang elektrik datang pasang kipas, dia tiba-tiba mengaku ada sijil SKM (Sijil Kemahiran Mara) level 3 dan tahu buat tetapi enggan sebab bukan kerjanya," tambah pelayar Twitter itu.

Menurutnya lagi, dia sudah berbincang dengan rakan serumah mengenai isu ini beberapa kali sama ada melalui WhatsApp mahupun bersemuka.

Namun kesemuanya tidak berjaya menemui penyelesaian meskipun sudah bertumbuk dan memaki hamun.

Beberapa warga maya turut berkongsikan pengalaman menyewa bersama individu pengotor.

Beberapa warga maya turut berkongsikan pengalaman menyewa bersama individu pengotor.

Bagaimanapun, dia menyatakan bukan semua K, dipercayai singkatan untuk negeri Kelantan berperangai seperti rakan serumahnya itu.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya berkongsi pengalaman mendapat rakan serumah dari negeri yang sama.

"Aku pernah dapat housemate macam ni. MasyaAllah tak tahu nak cakap dia punya pemalas tu tahap macam suruh telan racun.

"Pernah jumpa lagi teruk daripada ini... tilam hilang warna dah.

"Aku pun pernah hidup dengan roomate macam kau juga dan negeri yang bukan K, aku rekod dan ambil gambar biliknya sebiji keadaan macam ni dan lagi teruk!

"Rumah sewa pertama masa kerja semua geng K. Aku husnuzon masa tu, sebulan sahaja tahan aku terus chow (pergi) sebab masak tak basuh dan lantai melekit memang pakai selipar dalam rumah," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain