suria

Bisnes merudum, lelaki tunjuk beras dalam periuk minta simpati kawan... Paling sedih pasang niat tagih bantuan di gereja

Isu kesempitan hidup dalam kalangan anggota masyarakat perlu diberi perhatian segera.

SETIAP individu pasti pernah mengalami kegagalan walaupun sekali dalam kehidupannya.

Bahkan ada yang terpaksa melaluinya untuk tempoh yang lama sehingga memerlukan bantuan daripada orang sekeliling untuk terus bertahan.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, kejatuhan yang dialami akan memberi impak secara keseluruhan kerana sumber kewangan hanyalah satu dan bukanlah berjadual seperti gaji bulanan.

Seperti perkongsian seorang pelayar TikTok Hariz Kasini, dia terkejut apabila menerima mesej untuk meminjam wang daripada rakannya yang merupakan ahli perniagaan.

Snaptik.app_72789317961658073623

Sebahagian tangkap layar yang dikongsikan Hariz di TikToknya.

"Semalam seorang sahabat WhatsApp cerita masalah. Dia seorang usahawan, jatuh terduduk dan terguling-guling.

"Sekarang sampai nak makan pun sesak dan semalam tunjuk last beras yang ada kat rumah... kesian betul.

"Aku nak tolong pun dah sama level dengan dia berguling-guling juga," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerima bantuan ‘disiasat’ aktivis... Beli banyak ‘jajan’, beras tak pula dibeli - “Anak saya nangis berguling-guling”

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu didakwa buat-buat silap bagi duit BAP tak cukup RM50, ibu bersuara dalam grup WhatsApp... Rupanya ramai ‘parent’ dah terkena!

Apa yang menyedihkan, rakannya itu juga meluahkan hasrat untuk pergi ke gereja bagi mendapatkan bantuan demi meneruskan kehidupan.

Mana tidaknya, ramai yang menyatakan institusi agama itu mudah menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa perlu bersoal jawab mahupun surat sokongan.

Menerusi tangkap layar perbualan di WhatsApp bersama rakannya itu, Hariz bagaimanapun mencadangkan agar individu itu cuba mendapatlan bantuan di masjid berdekatan.

Dalam masa sama dia turut menawarkan diri untuk membantu sedaya mungkin.

Harta paling bernilai yang kita ada ialah iman... itulah kata-kata mama apabila aku jatuh terguling-guling.

HARIZ

"Aku ada RM100, kau ambil la separuh," tawar Hariz kepada sahabatnya itu.

Tambah Hariz dia berharap orang ramai turut melakukan perkara sama seandainya orang di sekeliling berdepan kesempitan hidup dan melalui fasa sukar.

"Jika ada kawan-kawan dalam kesusahan, kita bantulah. Tak dapat bantu wang ringgit, bantu dari segi emosi.

"Aku yang bercakap ni tak ada la betul sangat. Tapi apabila kawan-kawan dalam masalah pasti akan bantu sedaya upaya mungkin," katanya.

Snaptik.app_72789317961658073624

Hariz sedaya upaya cuba membantu rakannya itu.

Dalam pada itu Hariz turut berkongsi kata-kata nasihat daripada ibunya yang menjadi sumber kekuatannya.

"Harta paling bernilai yang kita ada ialah iman. Itulah kata-kata mama aku apabila aku jatuh terguling-guling. Masalah timpa tak henti-henti.

"Apabila datang sewel, teringat kata-kata mama, Alhamdulillah datang sedikit kewarasan... moga Allah bantu kita semua," katanya.

Antara komentar warga maya.

Antara komentar warga maya.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakan tampil memberikan kata-kata positif dan sokongan.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman pernah ditimpa musibah serta mengalami kesusahan sehingga kehidupan seharian terganggu.

"Pernah aku suami isteri minta bantuan daripada masjid tapi tak dapat. Jadi kami pergi ke gereja dan minta bantuan, mereka beri beras, minyak dan duit RM50.

"Sekarang kami tengah alami... beras langsung tak ada, telur pun dah habis. Tak tahu mana nak cari lagi, semoga Allah permudahkan urusan kami.

"Doakan saya dan isteri kuat mental serta fizikal untuk tempuh semua ujian ini. Bisnes kami down habis, ujian Allah buat kami sekeluarga," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain