SIAPA yang tak sakit hati apabila dimaki secara tiba-tiba dengan individu yang tak dikenali. Kalau tak tahan telinga kena maki memang boleh menangis atau mungkin mencetuskan kemarahan. Begitulah nasib malang seorang gadis apabila dimarahi wanita berusia di tempat awam gara-gara alasan yang diberikan tidak masuk akal. Menerusi satu perkongsian video, gadis berkenaan meluahkan kejadian berlaku di sebuah terminal bas di Kuala Lumpur. “Aku pernah kena maki dengan seorang makcik kat tempat awam sebab muka aku. Makcik tu bukan hina rupa paras aku, tapi dia maki sebab dia kata muka aku berlagak, kurang ajar. “Padahal aku tak tegur pun makcik tu, tak cakap apa pun dengan dia. Dan aku tak rasa pun pandang dia, entah dari mana tiba-tiba datang kat aku,” luahnya. Seorang wanita menggunakan telefon bimbitnya. -Gambar hiasan Mengulas lanjut, dia ketika itu sedang memandang keadaan sekeliling sewaktu bersama-sama penumpang lain sebelum menaiki bas untuk pulang ke Johor. ARTIKEL BERKAITAN: “Muka hang jahanam!” - Kecoh peniaga ikan bakar di Perlis campak duit... Rupanya dah lama orang bagi ‘rating’ 1 bintang dalam Google ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri dengar peniaga maki pelanggan restoran popular Melaka, ‘makcik puaka’ siap hina gara-gara pesan telur dadar Namun dia yang bersendirian tidak menyangka riak wajahnya ketika termenung menjadi perhatian wanita berkenaan. “Masa aku tengah termenung, ada seorang makcik datang kat aku dan cakap ‘Dik, awak jangan kurang ajar sangat, boleh tak? “Aku terkejut kenapa makcik ni nak marah-marah. Aku tanya, kurang ajar? Dia jawab dengan marah, Tanya-tanya pula. Kau tengoklah muka kau tu macam mana, pandang tak puas hati!” ujarnya mengimbas kembali insiden itu. Kemarahan wanita itu membuatkan dia berada dalam keadaan terpinga-pinga, buntu apakah kesalahan besar yang dilakukannya sehingga dimaki sebegitu di khalayak ramai. “Aku tengah termenung, baru lepas tengok telefon bimbit tiba-tiba ada orang datang sergah dan cakap kau kurang ajar. Kau tak ada buat apa-apa sebab dia kata muka kau macam kurang ajar,” katanya. Makcik tu kata Harap muka je cantik, tapi perangai kurang ajar. GADIS Bagi mendapat kepastian, dia bertanya secara baik kepada wanita itu tentang apakah yang berlaku sebenarnya sehingga membangkitkan kemarahannya. Makcik itu kemudian mengiyakan apabila ditanya sama ada dia memandang wanita itu atau tidak. Dalam rakaman berdurasi hampir empat minit itu, gadis tersebut melakonkan semula aksi bagi menunjukkan riak wajahnya ketika memandang sekeliling secara spontan. Penumpang sedang menunggu bas. -Gambar hiasan Dengan wajahnya yang bersahaja, dia menoleh kanan dan kiri tanpa merenung sesiapa. “Sepanjang makcik tu menjerit-jerit kat aku... aku tak tahu nak cakap apa dan biarkan dia habis bercakap. Dia cakap muka aku kurang ajar, berlagak dan tak hormat orang. “Aku tak ada mood nak bergaduh dan tak ada salah apa-apa. Kalau nak gaduh pun tak guna,” katanya dengan nada yang menjengkelkan. Namun, ia tidak berakhir di situ apabila makcik tersebut terus memperlekehkannya. “Makcik tu kata Harap muka je cantik, tapi perangai kurang ajar. Aku terus pergi dan memikirkan apakah ‘kesalahan’ aku yang sebenarnya sedang aku tak ada salah apa-apa. “Aku sedar kadang-kadang sukar untuk didekati. Apabila bercakap dengan orang, aku kena buka mata besar sikit untuk nampak aku interested dalam perbualan. “Kalau aku bercakap dengan muka biasa, orang kata nampak macam berlagak. Kesimpulannya, kena hormat-menghormati. Aku buat peace je,” ujarnya menerusi video yang meraih sejuta tontonan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube