suria

“Dah telan nasi tiga, empat suap” - Gadis hilang selera nampak lipas ‘berenang’ dalam botol, baru sedar lepas tambah kicap

Penemuan lipas dalam makanan sememangnya mengejutkan.

SIAPA yang suka menambah kicap dalam lauk atau masakan pasti tahu betapa enaknya hidangan itu.

Namun insiden yang tidak diduga mungkin membuatkan seorang gadis trauma seumur hidup untuk menikmati makanan bersama kicap.

Mana tidaknya, keenakan menjamu nasi berlaukkan ayam masak lemak terbantut apabila gadis berkenaan menemui seekor lipas mati di dalam botol kicap.

Ketika kejadian berlaku, dia sudah menjamah beberapa suap nasi bungkus yang sudah dicampurkan kicap.

Kejadian berlaku ketika mahu menambah kicap pada nasi berlauk.

“Kicap ni dah nak habis, kali pertama aku tuang kat nasi dan kali kedua nak tuang... tiba-tiba ternampak binatang ini ye.

“Aku dah telan nasi tiga, empat suap dan kali kedua tuang kicap baru perasan lipas ini, alahai. Harap tak ada apa-apa jadi selepas 24 jam,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bahan ekstra’ dalam juadah berbuka! Tengah makan, lipas keluar dari nasi... beli mi Jawa dapat seekor kumbang

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Telur lipas atau kacang merah? Yang penting makanan dalam pinggan dah licin - “Sudah habis nasi, masa nak bayar baru jumpa”

Bagaimanapun, video berdurasi 11 saat itu tidak menyatakan lokasi dan tarikh kejadian.

“Memang aku sumpah kau tujuh keturunan lipas tak boleh bertelur,” katanya secara ringkas di ruangan kapsyen.

Penemuan menjijikkan itu dipercayai berlaku apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab membiarkan penutup botol kicap terbuka selepas menggunakannya, sekali gus membolehkan lipas masuk ke dalamnya.

Pertama kali tengok kicap ada inti.

NETIZEN

Di ruangan komen, gadis berkenaan turut mengakui mood makannya hilang selepas menyedari haiwan perosak itu ‘berenang’ di dalam botol kicap.

Rata-rata netizen bukan sahaja terkejut dengan kejadian yang menimpa gadis itu, malah mengambil pendekatan lebih berhati-hati untuk menggunakan kicap dalam hidangan.

Langkah berhati-hati itu bukan sahaja botol kicap dengan keadaan penutup yang terbuka, bahkan apa saja botol yang digunakan untuk tujuan masakan dan hidangan selepas ini.

Antara komen netizen.

“Pertama kali tengok kicap ada inti.

“Macam mana aku nak makan nasi letak kicap selepas ni? Terbayang nanti.

“Selepas ni was-was kalau nak guna apabila nampak penutup botol terbuka,” komen netizen.

Pada masa sama, timbul tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai bagaimana seekor lipas boleh memasuki lubang penutup kicap yang bersaiz kecil, dengan menyertakan teori dan pandangan masing-masing.

“Aku rasa lipas masuk masa saiz dia kecil (anak lipas).

“Rasanya daripada kecil dia dah duduk dalam tu, itu yang jadi macam tu,” ujar netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain