suria

Kosong ilmu di dada, tapi dapat ijazah kelas pertama! Wanita ini hafal buku sepanjang semester, rancang tak mahu bayar PTPTN

Nur Syafiqah mengakui dirinya lebih kepada menghafal berbanding memahami subjek ketika belajar.

SETIAP individu mempunyai kaedah tersendiri untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran.

Selain secara berpasangan atau berkumpulan, ramai yang memilih untuk belajar sendirian demi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Seperti wanita ini, matlamat utamanya sepanjang pengajian adalah untuk mendapatkan ijazah kelas pertama supaya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diambilnya dapat ditukar kepada biasiswa.

Mana tidaknya, syarat perbadanan telah menetapkan hanya penerima ijazah kelas pertama sahaja yang berjaya memperoleh biasiswa.

Nur Syafiqah kini berusia 28 tahun.

Nur Syafiqah kini berusia 28 tahun.

Berkongsi pengalaman pengajian di halaman TikTok, Syafiqah Umaira berkata, dia mengakui kaedah pembelajaran yang diamalkan adalah secara 'paksaan'.

"Masa degree dulu aku study hard sangat. Aku baca dan hafal... kalau boleh kulit ke kulit buku.

"Tujuan aku hanya satu, tak nak bayar pinjaman PTPTN... aku nak dapat ijazah kelas pertama dan tukar pinjaman jadi biasiswa.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan meratap nasib tak dapat kerja best, letih tugas di kedai serbaneka - “Ini normal dik, ramai dah lalui”

ARTIKEL BERKAITAN: Lama menganggur, siswazah nak sambung belajar lari dari masalah! Tak fikir mak ayah kena tanggung kos - “Awak fikir ada master boleh dapat kerja?”

"Ada (satu) subjek ni memang tak boleh faham, tak boleh masuk dan aku tak minat. Tapi sebab nak jaga pointer, aku malas usaha fahamkan subjek tu jadi aku ambil langkah menghafal semua terms dalam buku," luahnya.

Menurutnya, meskipun mengambil tindakan drastik seperti itu, dia berjaya memperoleh keputusan terbaik dan memperoleh Anugerah Dekan untuk semester tersebut.

Pun begitu, katanya apa yang dialami selepas peperiksaan sangatlah tidak dijangka.

Kalau kerja saya akan ada nota sendiri, jadi setiap hari akan rujuk sebagai reminder.

NUR SYAFIQAH RUSLAN

Mana tidaknya, segala yang dipelajari dan dihafal sepanjang tempoh pengajian itu 'hilang' sejurus kaki melangkah keluar dari dewan peperiksaan.

"Ya! Aku berjaya dapat Dekan untuk semester tu tapi selepas keluar dewan, aku lupa terus semua yang aku hafal.

"Apa yang aku impikan untuk ijazah kelas pertama memang dapat tapi sedihnya dengan kosong ilmu. Aku serba salah apabila ada junior tanya tapi aku tak boleh jawab dan sedihnya dulu aku terlalu push diri sampai otak aku kebas.

"Dia kebas dari otak sampai ke tangan dan belakang badan... tapi sebelah kanan sahaja," luahnya lagi.

Nur Syafiqah merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam.

Nur Syafiqah merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam.

Meskipun berasa pelik dengan situasi yang dialami, Syafiqah mengabaikan perasaannya dan terus menekan diri supaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

Namun kata Syafiqah, dia kini menjadi seorang pelupa berkemungkinan kesan daripada amalannya sebelum ini.

"Kadang aku ingat nak bawa keluar ayam, tapi aku pergi minum air sekejap dan selepas tu aku bertanya diri apa nak buat tadi... sampai ke sudah tak ingat.

"Aku rasa tu kesan sebab push otak untuk hafal satu buku," katanya.

Ketika dihubungi mStar, Nur Syafiqah Ruslan mengakui perkongsiannya itu adalah apa yang dilakukan dan dialami masa kini.

Sambutan hari lahir anaknya yang pertama.

Sambutan hari lahir anaknya yang pertama.

Malah kata graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dari sebuah universiti awam itu, luahan tersebut bagi memberi peringatan kepada pelajar masa kini mahupun akan datang supaya memahami apa yang dipelajari dan bukanlah menghafal.

Dia yang kini berusia 28 tahun turut menyatakan sering mengalami sakit kepala tetapi enggan mengambil serius dan menganggapnya perkara biasa.

"Tambahan pula ada yang cakap lepas bersalin akan menjadi cepat lupa. Saya pun baru sahaja melahirkan anak pada April tahun lepas.

"Tapi kadang-kadang rasa geram sebab kita dah letak barang satu tempat tu kemudian pergi tandas sekejap pun dah lupa.

"Kalau kerja pun saya akan ada nota sendiri, jadi setiap hari akan rujuk sebagai reminder," tambahnya yang berkhidmat sebagai pakar analisis data.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain