PANTANG ada pempengaruh atau artis berkongsi tentang restoran mahupun makanan unik, pasti orang ramai akan menyerbu lokasi tersebut tanpa mengambil kira aspek halal dan sebagainya. Disebabkan itu ramai pengusaha mengambil kesempatan memanggil golongan tersebut untuk melariskan jualan. Bagaimanapun, satu pendedahan di akaun TikTok mengejutkan warga maya selepas videonya tular sehingga ditonton lebih 1.3 juta kali. Antara pendedahan yang dibuatnya. Mengakui diri sebagai seorang cef, dia menyatakan bahawa apa yang sering digunakan dalam masakan untuk menimbulkan rasa ‘ketagihan’ adalah bahan-bahan yang syubhah (tidak jelas hukum halal haram) dan tidak halal. Malah, dia mendakwa ia digunakan secara meluas di sesetengah premis yang menghidangkan nasi ayam, mi kari dan aneka sup. Bukan itu saja, dia mendakwa papan tanda ‘no pork’ dan ‘no lard’ turut mempunyai tipu daya sehingga ramai tertipu. ARTIKEL BERKAITAN: Makan bakso halal, letak keropok babi undang padah! Pemuda mohon maaf selepas dikecam, mengaku tak fikir panjang ARTIKEL BERKAITAN: Restoran jemput influencer tak semestinya bersih! Lelaki 10 tahun dalam F&B minta hati-hati dengan restoran ‘Muslim friendly’ “Seandainya semua orang tahu apa yang telah kami (cef) kerahui nescaya kamu akan sangat takut untuk makan sembarangan. “Kesangsian kami terhadap makanan sangatlah tinggi kerana kami tahu akan kelicikan itu. “Saya telah melalui pelbagai fasa dalam mengharungi dunia masakan... baik halal mahupun haram,” katanya. Darah dan lemak juga sering digunakan sehingga sebati dengan ramuan yang mana apabila dihirup, rasa yang terhasil tidak dapat diungkapkan. PELAYAR TIKTOK Dia turut mengakui pernah menyajikan hidangan berasaskan khinzir, anjing dan haiwan eksotik. Namun jelasnya, ia dilakukan demi mendapatkan pengalaman dan ilmu tentang pelbagai jenis masakan yang wujud di dunia ini. “Bukan hanya sekadar b**i, anjing yang harus dibakar kulitnya untuk mendapatkan isi. Ular sawa, katak adalah hidangan biasa. Warga maya turut memberikan komen balas pada posting yang dibuatnya. “Apatah lagi makanan yang berasaskan wain, samsu, vodka dan tequila (jenis arak)... ia adalah bahan untuk meningkatkan aroma serta rasa ketagihan (dalam makanan),” jelasnya lagi. Setiap perkongsian yang dibuatnya juga disertakan dengan gambar-gambar berkaitan seolah-olah mengesahkan setiap dakwaan yang dibuat. Tambah lelaki ini lagi, lemak protein haiwan yang diproses akan digunakan sebagai asas masakan seperti white stock (stok putih) dan voux (campuran tepung dan lemak) yang dihasilkan menjadi veloute (sos). Dia turut mendedahkan veloute yang paling sedap terhasil daripada sumsum tulang seekor khinzir. “Darah dan lemak juga sering digunakan sehingga sebati dengan ramuan yang mana apabila dihirup, rasa yang terhasil tidak dapat diungkapkan. “Jadi saya ingin berpesan, berhati-hatilah apabila kalian ingin menikmati hidangan di luar terutama nasi ayam, mi kari, sup dan segala yang berkuah. “Carilah yang halal bukan syubhah, jangan mudah percaya ‘no pork no lard’ kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang dahsyat... hanya kami tahu,” tambahnya. Dalam pada itu, dia turut memohon maaf atas pendedahan yang dibuat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube