SERINGKALI kita mendengar kisah rider enggan atau gagal menghantar makanan ke rumah pelanggan atas sebab tertentu. Kebiasaannya, pelanggan yang tinggal di perumahan jenis bertingkat yang sering mengeluh apabila rider tidak menghantar pesanannya sehingga pintu rumah. Namun, perkongsian video oleh seorang rider di TikTok sedikit sebanyak mengubah tanggapan negatif masyarakat tehadap golongan rider penghantar makanan sekali gus menyentuh hati netizen. Kisah bermula apabila rider bernama Irfan Rizam, 23, panas hati dengan pelanggannya yang tidak menjawab panggilan ketika dia sudah berada di depan pagar rumah pelanggan. Menerusi maklumat pesanan yang diperolehi, pelanggannya itu ada meletakkan 'remark' (catatan) menyatakan dirinya merupakan individu kurang upaya (OKU) tetapi dia masih ada rasa sangsi akan kebenarannya. Irfan menceritakan kisah sedih sewaktu menghantar makanan kepada pelanggan OKU. "Masa ni saya hantar order macam biasa. Sesudah sampai dekat lokasi customer pin (tanda), saya agak sakit hati sebab call customer tak jawab. "Kena pula tengah panas terik masa tu lagi bertambah panas membara hati ni. Kemudian dalam beberapa minit saya dengar suara orang suruh masuk pagar rumah dia. "Saya pun masuklah dengan hati yang agak panas. Saya rakam video (sebab pelanggan remark katanya dia OKU, tapi saya tak percaya," jelasnya yang sudah lima tahun bekerja sebagai rider. Setelah melihat dengan mata sendiri, dia tenyata terkejut kerana pelanggannya benar-benar OKU. Melihat wajahnya yang terukir senyuman menyambut makanan yang dihantar pula membuatkan Irfan sebak dan rasa bersalah kerana tidak bersabar dan berprasangka buruk. "Waktu orang dekat dalam rumah tu buka pintu je terus luruh jantung saya. Terkedu sambil mata berkaca (menangis). "Saya nampak seorang uncle OKU kudung kaki di atas kerusi roda. Alangkah bodohnya diri ni marah tanpa ambil periksa terlebih dahulu. "Masa uncle tu nak amik makanan tu pun dia tersenyum ceria sebab ada orang hantarkan makanan untuk dia. Saya rasa serba salah sangat-sangat sebab saya tak tahu hal yang sebenar," jelasnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Malas hantar sampai depan pintu, rider tinggal makanan merata-rata... Pelanggan hubungi tanya status terus ‘reject’ tanpa notis ARTIKEL BERKAITAN: Sakit-sakit pun nak selesaikan ‘order’ dulu... Rider terlibat kemalangan dipuji amanah, siap panggil adik tolong sambung kerja Dalam video dikongsikan, kelihatan Ifran dilihat menghulurkan makanan melalui atas pagar pintu sebelum diambil oleh pelanggan tersebut yang dipanggil 'uncle'. Menurut Irfan, pelanggan yang membuat pesanan makanan merupakan individu lain, dipercayai membantu pakcik berbangsa Cina itu membeli makanan pada hari tersebut. Alangkah bodohnya diri ni marah tanpa ambil periksa terlebih dahulu. IRFAN Disebabkan tidak lagi mampu menahan sebak dan dibelenggu rasa bersalah, pemuda ini beredar meninggalkan kediaman tanpa bertanyakan kisah kehidupannya dengan lebih lanjut. Dalam pada itu, Irfan menitipkan pesanan serta membuat permohonan maafnya secara terbuka atas apa yang berlaku. "Teruntuk customer yang order untuk uncle tu, dan uncle (maafkan saya kerana tak percaya). "Saya juga minta maaf sebab secara tak sengaja marah dalam hati sebab dalam keadaan berpanas dekat luar rumah. "Kalian terus kekal sihat dan dipermudahkan segala urusan yang mendatang," ujarnya yang bekerja sebagai rider di sekitar Melaka. Irfan rasa bersalah terhadap pelanggannya. Hantaran tersebut meraih perhatian netizen di TikTok yang rata-ratanya turut berasa simpati dengan nasib pelanggan OKU tu. Malah, terdapat segelintir daripada mereka yang sama-sama mahu memberikan sumbangan ikhlas membantu lelaki kurang upaya itu. "Pernah kena tunggu pelanggan pekak dan bisu lepas tu pakai wheel chair. Dekat sejam tunggu. Bila dia keluar terus hilang marah. "Kalau orang lain letak je dekat luar memang kebulurlah uncle dalam rumah tu. "Tahniah dik. Kalau rider lain mungkin makanan tu atas pagar je, Allah gerakkan hatimu untuk masuk ke dalam pagar," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube