suria

Pemuda ‘diuji’ mak ayah GF! Selepas 2 tahun kumpul wang hantaran RM18,000, minta beli rumah pula baru boleh nikah

Setiap perhubungan memerlukan restu ibu bapa. -Gambar hiasan

APALAH makna percintaan sekiranya hubungan yang terjalin tidak direstui ibu bapa.

Walaupun pahit untuk ditelan, namun itulah realiti yang berlaku terhadap seorang pemuda apabila berdepan dengan ujian berat demi menghalalkan gadis yang dicintai.

Menerusi satu perkongsian video, jejaka tersebut dikatakan bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji permulaan sebanyak RM1,800 dan mempunyai teman wanita.

Namun malangnya, ibu bapa kekasihnya tidak merestui hubungan mereka untuk melangsungkan pernikahan.

"Masa tu, abang ni belum setahun pun bekerja di syarikat tu. Alasan mak ayah girlfriend, nak dia kumpul duit dulu baru boleh masuk meminang.

"Mak ayah girlfriend nak wang hantaran RM18,000. Abang ni setuju dan minta masa dua tahun untuk kumpul duit. Abang ni sayang sangat girlfriend dia," kata pempengaruh, Rozyana Roslan di TikTok, menceritakan kisah pasangan kekasih tersebut.

Setiap pasangan yang bercinta mengimpikan perkahwinan yang indah. -Gambar hiasan

Sepanjang membuat simpanan untuk menyediakan wang hantaran sebagaimana yang ditetapkan oleh ibu bapa kekasihnya, pemuda itu sanggup mengikat perut untuk berjimat.

"Dia hanya guna RM300 sahaja sebulan. Sebab masa tu dia tidak ada komitmen dan tinggal bersama mak ayah dia. Selebih gajinya disimpan," ujar Rozyana sambil menambah teman wanita pemuda itu setia dan sanggup menunggu pinangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gigih menabung nak bantu bayar separuh wang hantaran, tapi bakal suami ‘buat rileks’! Belum mula menyimpan, majlis dah nak dekat

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 3K tunang ‘demand’ hantaran 20K, duduk kondo mahal... lelaki sedang fikir nak batal perkahwinan

Malah, Rozyana yang juga usahawan itu terharu melihat sokongan tidak berbelah bahagi ibu bapa pemuda berkenaan semata-mata untuk menerima bakal menantu dengan sepenuh hati.

Selepas dua tahun seperti yang dijanjikan, pemuda itu kembali bertemu ibu bapa kekasihnya untuk masuk meminang.

"Mak ayah girlfriend interview, siap tanya dah dua tahun ni ada beli rumah tak? Abang ni jawab jujur masa tu, dia cakap dah standby rumah sewa. Abang tu siap hias cantik-cantik rumah sewa.

"Mak ayah girlfriend tu tanya lagi, ada kereta? Dia cakap memang dalam perancangan untuk beli kereta. Nak lepaskan uruskan masuk meminang terlebih dahulu.

"Tapi mak ayah girlfriend tu cakap kau fokus dulu untuk dapatkan hasil kau, lepas tu baru kita bincang balik," kata Rozyana yang mengimbas perbualan pemuda tersebut bersama ibu bapa kekasihnya.

Amalan berjimat-cermat untuk menambah simpanan. -Gambar hiasan

Pemuda berkenaan masih bersabar dan tetap bersetuju kerana mempunyai masa setahun lagi untuk menambah simpanannya.

"Dalam masa setahun tu dia dapat keluarkan kereta tapi masih belum memiliki rumah. Tapi nilai simpanannya semakin bertambah.

"Abang ni pergi lagi jumpa mak ayah girlfriend untuk mendapatkan restu kerana nak meminang. Ditanya lagi dah ada rumah atau belum? Abang ni jawab belum sebab tak sempat lagi dalam masa setahun," katanya.

Apabila ada lelaki minta masa nak bekerja untuk halalkan kau, tolong jangan lepaskan lelaki ni.

ROZYANA ROSLAN

Hanya disebabkan pendirian tegas daripada ibu bapa kekasihnya, hubungan mereka terpaksa berakhir begitu sahaja.

"Girlfriend dia (kini bekas kekasih) mengalami kemurungan yang teruk sehingga mengelar tangannya sendiri. Sekarang ni dalam rawatan untuk pulihkan masalah mental," katanya.

Selepas tujuh tahun dengan gaji serendah RM1,800, pemuda itu kini mempunyai pendapatan lebih RM3,000 dan berpeluang memiliki rumah seperti yang dihajati.

Kehidupan ini tidak akan lari dari ujian dan dugaan. -Gambar hiasan

Malangnya, hubungan cintanya berakhir hanya kerana sikap 'berkeras' ibu bapa kekasih dalam memberikan restu.

"Tahun lepas, abang ni dah berjaya beli rumah dan dah buatkan rumah untuk mak ayah dia... dia dah buat keputusan untuk bahagiakan mak ayah.

"Untuk jodoh, dia suruh mak ayah dia carikan. Dia move on dan reda," kata Rozyana.

Perkongsian video Rozyana mengenai pemuda yang menagih restu itu meraih lebih 800,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam dan menyentuh emosi netizen.

"Apabila ada lelaki minta masa nak bekerja untuk halalkan kau (jadikan isteri), tolong jangan lepaskan lelaki ni," kata Rozyana menitipkan pesanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain