RAKAMAN seorang wanita sedang menangis kerana dipukul oleh lelaki yang didakwa bakal suaminya tular di media sosial. Menerusi rakaman video tersebut, wanita itu turut mendakwa lelaki terbabit merupakan anggota keselamatan yang dikatakan kantoi curang dengan beberapa wanita. Gara-gara berang ketika ditegur mengenai kecurangannya, lelaki itu bertindak memukul wanita itu dan menyalahkan dirinya pula. "Seminggu sebelum berkahwin si 'terpaling polis' bahagian jenayah ni kantoi curang. Main dengan perempuan sana sini. Tangkap layar video asal dikongsikan yang tular. "Bila bakal isteri confront (bersua muka) tanya dan tegur, dia mengamuk dan salahkan pula bakal isteri. "Dia yang buat hal dia tuduhnya bakal isteri buat hal," tulisnya pada video. Dalam video dimuat naik semula oleh penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Aris Ramli atau Caprice di Instagram, jelas kedengaran suara perbualan antara pasangan ini. Dapat didengar suara seorang wanita meraung menahan kesakitan serta dalam ketakutan, dipercayai dipukul oleh lelaki terbabit. ARTIKEL BERKAITAN: Naik angin GF mahu putuskan hubungan... Lelaki pecahkan cermin kereta, tikam kekasih ARTIKEL BERKAITAN: Berang didesak berkahwin, lelaki pukul GF berkali-kali! Suspek dilepaskan polis gara-gara mangsa enggan buat laporan "Aku tanya kau jangan buat hal lagi dengan aku. Penat ni. "Aku nak kau janji dengan aku kau jangan buat hal lagi. Kau balik kejap lagi, pipi kau berbekas (ugut pukul)," kata lelaki itu dalam video. Lelaki itu didengar berulang kali memberi 'amaran' agar wanita ini tidak melakukan hal (kecurangan) sama seperti sebelum ini. "Kau nak kahwin dengan aku ke tak nak? Sekali aku pukul kau, sampai kahwin aku pukul sebab kau tak nak jaga perangai elok-elok," kata lelaki tersebut dengan nada bengis. Sekali lagi, wanita itu dipukul bertubi-tubi walaupun kedengaran suaranya menahan sakit. Mangsa kemudiannya cuba meredakan keadaan dengan menjawab dia tetap mahu berkahwin dengan lelaki tersebut walau apa jua berlaku. Memukul individu lain dengan agresif boleh memberi impak tidak baik seperti trauma kepada mangsa. -Gambar hiasan Dalam perbualan sama, lelaki itu juga mengugut wanita ini supaya tidak mengadu mengenai dirinya yang sebelum ini dipukul kepada bapanya. Hantaran tersebut mengundang kemarahan netizen setelah ia dimuat naik oleh Caprice juga di beberapa platform media sosial lain. Rata-ratanya mengharapkan agar tindakan tegas diambil ke atas lelaki berkenaan atas perbuatan kejamnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube