suria

Peniaga salahkan ekonomi restoran ditutup! Pengguna kurang setuju, anggap belum cukup ilmu bisnes - “Kat Malaysia ni kalau sedap mesti tak tutup”

Krisis ekonomi menyebabkan kebanyakan pengusaha syarikat terpaksa gulung tikar termasuk perniagaan berasaskan F&B. -Gambar hiasan The Star

KRISIS ekonomi yang melanda dunia masa kini bukan sahaja menjejaskan pengguna malah turut mengancam golongan peniaga sehingga ramai yang terpaksa gulung tikar.

Seperti yang dialami salah seorang pengusaha sektor makanan dan minuman (F&B), salah sebuah premis cawangan makanan segera yang baru dibuka terpaksa ditutup kerana masalah kewangan.

Katanya, ia berpunca daripada beberapa siri kerugian yang dialami setiap bulan sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk menutup premis berkenaan.

Bagaimanapun dia masih menzahirkan rasa syukur kerana beberapa cawangan lain dapat bertahan dan berharap operasi dapat diteruskan seperti biasa..

Premis perniagaan yang tidak memberikan keuntungan perlu dihentikan supaya tidak terus memberi beban kepada peniaga. -Gambar hiasan The Star

Enggan menyalahkan mana-mana pihak, dia turut menyatakan beberapa premis yang terletak berhampiran kedainya turut menamatkan operasi atas faktor kewangan.

Hantaran yang dibuat di halaman Facebook miliknya itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata warga maya memberikan maklum balas positif di samping kata-kata perangsang supaya dia dapat kembali bangkit dengan perniagaan yang dijalankan.

Luahan yang dibuatnya itu turut dikongsikan seorang pelayar X yang turut mengakui terdapat banyak premis berasaskan perniagaan F&B terpaksa gulung tikar.

“Makin banyak kedai F&B tutup. Terkini, restoran burger popular cawangan Puncak Alam (Selangor) pun dah tutup operasi,” ciapnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tengok kerusi susun atas meja” - Tauke maggi ketam pelik pelanggan mengadu kedai tutup... Sedih bergadai harta angkara sihir

ARTIKEL BERKAITAN: “Nanti Allah ganti rezeki lain” - Ramai sebak tengok peniaga pasrah 4 balang air dipenuhi hujan, kena buang tak boleh jual

Menyifatkan taraf ekonomi masa kini semakin mencabar, dia menyatakan situasi ini turut mengakibatkan kehidupan masyarakat terjejas.

"Hidup ini memang keras!" tambahnya lagi.

Meskipun perkongsian asal di halaman Facebook mendapat maklum balas positif, namun kebanyakan pelayar di ruangan X memberikan komen negatif dengan menyatakan hidangan yang dijualnya tidak setanding produk makanan segera yang telah lama berada di pasaran.

Bukan itu sahaja, harga yang dijualnya juga lebih mahal serta tidak berbaloi.

Sekali pelanggan tak suka dengan makanan memang tak akan dapat balik orang tu dah.

WARGA MAYA

"Kat Malaysia ni bab makanan tak perlu risau... kalau sedap mesti tak tutup. Mahal macam mana pun orang tetap akan beli, ceruk celah mana pun orang akan cari.

"Maaf tuan saya pernah makan situ untuk sokong, burger dia tidak sedap... ingatkan mungkin salah rasa atau hari itu saja tak sedap, pergi kali kedua masih sangat tak sedap. Memang betul ekonomi mencabar tapi tak sedap siapa nak sokong?

"F&B kita dah lama tepu, terlalu banyak pemain. Tak banyak yang berinovasi... banyak kedai rasa sama jadi tak hairan jika banyak yang ditutup.

"Sedih tapi perlu diakui, burger dia tak memuaskan dan harga agak tinggi," ujar beberapa warga maya.

Kebanyakan warga maya berkongsikan pengalaman membeli di restoran tersebut.

Kebanyakan warga maya berkongsikan pengalaman membeli di restoran tersebut.

Tidak kurang juga yang beranggapan pemilik syarikat tidak membuat kajian sedalamnya sebelum membuka cawangan yang banyak.

Mana tidaknya, warga maya menyatakan jenama yang diperkenalkan itu masih belum dikenali ramai dan tidak sewajarnya mempunyai banyak cawangan.

"Kedai ni branding macam tak kuat lagi tapi terus naik restoran banyak-banyak. Orang ramai belum kenal lagi, apatah lagi nak merasa... kenapa macam gelojoh sangat nak buka cawangan terus?

"Dia terlampau yakin yang pengikut akan sokong bisnes jadi dia buka banyak cawangan dalam masa setahun. Padahal tak sempat nak kemaskan SOP (prosedur operasi standard) dan rasa yang konsisten.

"Masalahnya banyak restoran sekarang tak ada kawalan kualiti. They all mostly sell the same thing seperti akan ada 20 menu dengan keju walaupun tak masuk akal nak letak cheese. Restoran ni, sekali pelanggan tak suka dengan makanan memang tak akan dapat balik orang tu dah," ujar segelintir warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain