suria

Netizen panas hati mat salih kena ‘ketuk’ peniaga, caj air sirap bandung RM4 segelas! - “Kosong je, tak letak soda pun”

Mat salih ini tertarik dengan minuman sirap bandung dan berpeluang mencubanya di Kuala Lumpur.

WARNA merah jambu air sirap bandung bagaikan memanggil-manggil sesiapa sahaja yang melihatnya terutama ketika cuaca panas terik.

Baru-baru ini seorang pelancong asing berkongsi keterujaannya membeli segelas air sirap bandung daripada sebuah restoran.

Pemuda dari Australia dikenali sebagai Luke Damant berumur 23 tahun itu berkongsi momen berkenaan di TikTok.

Penyediaan minuman sirap bandung untuk seorang jejaka mat salih.

"Minuman apa warna pink yang semua orang tengah minum dekat sini?," tanya Luke dalam bahasa Inggeris kepada salah seorang pekerja di restoran berkenaan.

"Oh air itu kita panggil sirap. Ia kordial yang dicampur dengan susu. Segelas RM4," terang pekerja restoran itu.

Luke kemudian sempat merakamkan langkah demi langkah cara membancuh minuman berkenaan selepas dia membuat pesanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali cuba air tuak, mat salih lawat Kelantan komen rasanya pelik... anggap RM7 sebotol mahal!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis desa geng mat salih! Baru sedar pelancong asing lebih hargai kampung - “Mereka tak tahu KLCC, lagi kenal Terengganu”

"Okey bagi saya satu. Jom tengok cara ia dibuat. Mula-mula dia letak kordial sirap tu, kemudian masukkan susu pekat. Lepas tu tuang air panas dan kacau sampai sebati.

"Akhir sekali, masukkan ais yang banyak. Tunggu sekejap, ini seperti minuman yang saya pernah cuba di India dulu," kata Luke menerusi videonya.

Abang ni kena 'ketuk' ni, tempat aku paling mahal sirap bandung pun RM2 je.

WARGA MAYA

Detik yang ditunggu sudah tiba iaitu masa untuk Luke merasa dan memberikan ulasan mengenai minuman sirap bandung tersebut.

"Inilah dia... air pink yang ramai tengah minum dekat kedai ni. Sekali tengok, macam air yang diperbuat daripada gula-gula kapas.

"Jom kita cuba, nak tengok rasa dia sama tak macam minuman yang dekat India. Saya teguk sikit. Okay, rasa dia hampir sama, cuma ada tambahan rasa bunga-bunga, unik sangat rasa dia.

Luke membayar untuk minuman sirap bandungnya di kaunter.

"Ah sangat menyegarkan, lagi-lagi waktu hari yang panas macam ni dekat Kuala Lumpur," kata Luke menikmati minuman sirap bandung itu.

Berpuas hati dengan minumannya, Luke kemudia bergerak ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"Hello, saya nak bayar untuk minuman ni, RM4 ke? Okay ni RM5, boleh simpan baki ya. Terima kasih," kata Luke berlalu pergi.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendakwa peniaga kedai berkenaan mengambil kesempatan ke atas Luke kerana mengenakan caj mahal.

"Rasanya mat salih ni dah kena 'pau', pelancong mesti kena punya. RM4 untuk segelas minuman sirap bandung adalah sangat cekik darah ya.

"Abang ni kena 'ketuk' ni, tempat aku paling mahal sirap bandung pun RM2 je. Tak mungkin la sebab alasan harga barang naik air sirap bandung boleh jadi RM4.

"Air sirap bandung RM4 ni kira mahal sangat, tak ada letak soda apa pun. Kosong je aku tengok dia buat. Tak berbaloi dengan harga," kata sebahagian warga maya memberikan hujahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain