suria

Bapa minta 2 puteri sign perjanjian ‘tak boleh ada pakwe’, ibu harap tiada yang langgar kontrak walau kertas dah jadi belacan

Amirul membuat perjanjian dengan anak-anak gadisnya.

SETIAP ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mencipta kenangan bersama anak ketika mereka masih kecil.

Namun, rakaman untuk kenang-kenangan menunjukkan seorang bapa bersama dua anak perempuannya menandatangani satu perjanjian ternyata lain dari yang lain.

Menurut isterinya, Nurliyana Nasarudin, 28, video tersebut dirakam sewaktu suaminya, Mohammad Amirul Azmi Mohd Mislah, 27, baru sahaja pulang dari tempat kerja.

“Masa tu hari Ahad. Suami baru balik dari tempat kerja. Lepas siap mandi dan solat, dia terus ajak anak-anak perempuan kami buat content.

“Suami memang suka bergurau dengan anak-anak. Jadi dia pun buat borang perjanjian antara abah dengan anak-anak selepas tengok satu content lebih kurang macam tu sebelum ni.

Perjanjian dibuat antara Amirul dan anak-anak sekadar untuk mencipta kenangan.

“Dalam video tu dia minta anak-anak tandatangan kontrak. Mereka berdua tak boleh ada pakwe sampailah habis belajar tak kisahlah diploma atau degree,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurutnya yang merupakan seorang suri rumah, menjaga anak perempuan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan.

Walaupun video melbatkan suaminya yang merpakan anggota bomba itu dihasilkan secara suka-suka, namun dia mengharapkan perkara itu diambil serius oleh anak-anak.

Apatah lagi selepas melihat sendiri kisah-kisah di media sosial mengenai masalah akhlak dan maksiat dalam kalangan remaja membuatkan pasangan ini bimbang memikirkan masa depan Sumayyah Kaisara, 3 dan Sumayyah Raisha yang berusia setahun enam bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Paksa anak tandatangan kontrak aneh ‘tidak boleh gemuk’, bapa dipenjara 30 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pelik anak balik mengaji sambil menangis, terkejut dengar pengakuan guru!

“Suami buat content gurauan dengan anak-anak saja. Tapi kalau betul mereka ikut (konrak) kami pun bersyukur. Lagipun zaman sekarang ni banyak cerita negatif fasal remaja bercinta.

“Jadi suami risaukan anak-anak perempuan dia walaupun sekarang masih kecil. Dia nak jaga anak perempuannya betul-betul sehingga mereka jumpa jodoh yang ikhlas sayangkan mereka.

“Suami pula memang penyayang. Dia tegas tapi anak-anak memang paling rapat dengan dia. Kalau abah mereka ada kat rumah memang berkepit sajalah. Dia ‘protective’ kalau bab anak ni,” katanya lagi.

Liyana dan Amirul bersama anak-anak.

Untuk rekod, video dikongsikan pasangan sudah berumah tangga selama empat tahun ini meraih lebih 700,000 jumlah tontonan.

Rata-ratanya terhibur melihat gelagat anak beranak ini terutamanya melihat kesungguhan dua kanak-kanak itu yang tekun mendengar perjanjian dan menurunkan tandatangan.

“Mungkin bapa aku buat perjanjian macam ni dulu, tu single sampai sekarang.

Tapi kalau boleh dia nak jaga anak perempuan dia betul-betul sehingga mereka jumpa jodoh yg betul-betul ikhlas sayangkan mereka.

NURLIYANA

“Aku pun dah sign perjanjian ni agaknya. Sampai tamat belajar baru nak cari calon.

“Jurukamera langsung tak gelak tu. Boleh tahan eh,” antara komen netizen pada video.

Pasangan ini sudah berumah tangga selama empat tahun.

Bagaimanapun, jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, kontrak yang ditandatangani masih disimpan walaupun keadaan sudah tidak sama seperti asal.

“Kertas mereka buat perjanjian tu masih wujud. Tapi dah jadi 'belacan' anak-anak main.

“Bagi saya ada bagusnya suami buat macam ni walaupun bergurau. Tapi bergantung juga cara famili masing-masing nak didik anak. Setiap mak ayah berbeza-beza,” ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain