SETIAP daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk melakukan kebaikan apatah lagi kepada orang-orang tersayang. Seperti yang dilakukan pemuda bernama Harith Afiq Irfan Zainudin, dia menghadiahkan satu set papan lukisan teknikal atau technical drawing board baharu kepada rakan kolejnya, Muhammad Nabil Adli Saifuzazman. Menurut Afiq, barang lukisan tersebut diberikan kepada rakannya itu disebabkan alatan yang digunakan bagi mengikuti subjek Teknologi Automotif rosak akibat kemalangan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kawan saya terlibat dalam kemalangan selepas balik daripada kelas. Habis semua barang lukisan yanf dia guna tu rosak dan tak boleh pakai dah. "Dia selalu mengadu dekat saya yang board rosak dan pembaris T-square patah. Berulang-ulang kali dia mengadu dekat saya sambil tengok harga alatan tu dekat online. "Jadinya saya belikan dia alat tu semua untuk buat kerja lukisan dengan lebih mudah. Saya dah pasang niat nak beli seminggu selepas dia kemalangan lagi," ujar pemuda berusia 18 tahun itu. ARTIKEL BERKAITAN: Gadai gelang hampir RM10,000 demi bantu sahabat, akhirnya menangis kena ‘tolong’ diri sendiri tebus dan bayar faedah selama 6 bulan ARTIKEL BERKAITAN: Nak kejutkan kawan di wad, diri sendiri dapat kejutan siap ‘pakej’ malu - “Tiba-tiba saya dengar sesi bermaafan” Ujar Afiq yang berasal dari Kajang, Selangor, Nabil terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 September lalu. Kemalangan antara sebuah kereta dengan motosikal ditunggang Nabil menyebabkan dia mengalami kecederaan ringan di bahagian hidung dan kepala. Terdahulu, gelagat Nabil menerkam dan memeluk Afiq kerana terharu selepas dihadiahkan peralatan lukisan kejuruteraan berharga RM68 itu mencuri perhatian netizen hingga menerima lebih 1.1 juta tontonan di TikTok. Nabil terkejut macam tak percaya saya belanja dia. HARITH AFIQ IRFAN Keakraban serta sifat prihatin sesama rakan itu mengundang rasa kagum netizen. Kata Afiq yang mengikuti pengajian peringkat diploma di Kolej Vokasional Kajang, Selangor, dia membelanjakan wang hasil titik peluh bekerja sambilan sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Selangor. "Kami berkawan sampai jadi rapat di awal pengajian sekitar tiga tahun lepas. Jadi saya faham keadaan Nabil sebab sudah lama berkawan dengan dia. Nabil terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 6 September lalu. "Dia bukan datang daripada keluarga orang senang. Kami sama-sama cari duit sendiri buat kerja sambilan sambil belajar. Tapi saya gunakan sedikit duit gaji belikan barang lukisan tu. "Lagipun saya nak cuba bantu dia selagi mana saya boleh. Saya nak kurangkan bebanan dia sebab nak baiki motor total lost, belanja makan dan banyak lagi. InsyaAllah belanja kawan tak menjadikan kita miskin," katanya. Tambah Afiq yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik itu, dia terkejut kerana perkongsiannya di TikTok untuk kenangan peribadi tular dan mendapat perhatian ramai. Afiq dan Nabil bersahabat baik sejak tahun 2022. "Nabil terkejut macam tak percaya saya belanja dia. Daripada reaksi muka dia boleh nampak yang tak ada kata-kata dapat diungkap perasaan gembira tu. Dia berulang kali cakap dekat saya benda tu mahal. "Saya rakam video tu sebab jarang nak tengok dia menangis, sedih atau terharu sepanjang kami berkawan. Saya tak sangka video tu boleh viral. Saya rakam video tu untuk kenangan dengan kawan-kawan dekat kolej sahaja. "Saya cuma doakan semoga dia terus maju jaya dalam bidang yang dia belajar sekarang ni. Semoga Nabil dapat banggakan mak dan ayah dia suatu hari nanti," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube