AKTIVITI bersiar-siar di pusat beli-belah yang sepatutnya menyeronokkan bertukar ngeri. Begitulah yang dihadapi seorang wanita bersama empat orang anaknya apabila lif yang mereka naiki tiba ke aras kosong dan terbiar. Melalui satu perkongsian di TikTok, Eyfa Lolyta dan anak-anaknya dilihat terperanjat sebaik sahaja pintu lif terbuka. Detik cemas untuk Eyfa apabila lif tiba di aras yang tidak berpenghuni. Bercerita kepada mStar, Eyfa berkata insiden berlaku apabila salah seorang anaknya yang sedikit lincah secara tak sengaja menekan butang ke aras yang ditutup. "Waktu tu saya dan anak sedang dalam perjalanan nak ke tempat permainan kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya. Kami dah beberapa kali pergi ke sana. "Kami tahu nak ke sana dari lot parkir, ia terletak dekat tingkat atas sekali. Tapi ditakdirkan waktu hari kejadian tu, saya parkir kereta dekat wing bangunan yang baru dibuka. ARTIKEL BERKAITAN: Fuh, macam filem pasca perang dan bencana! Pemuda panik terperangkap dalam mall waktu malam... masuk terang, nak keluar gelap gelita ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa macam jatuh ke bawah” - Wanita cuma ingat mati sejam setengah terperangkap dalam lif, sedih pakcik tua pengsan depan mata "Waktu tu saya parkir dekat aras F, pening juga fikir macam mana nak pergi ke tempat tu. Saya pun try and error naik satu lif ni, kot-kot boleh sampai ke situ. "Saya tak fikir apa sangat waktu ni, saya sempat juga rakam video sebagai kenang-kenangan sebab nak tengok reaksi anak-anak apabila sampai tempat permainan tu... mereka mesti excited," kata Eyfa. Menurut Eyfa, jantungnya hampir gugur apabila pintu lif terbuka, kerana bukan tempat permainan yang terpampang di hadapan mata, sebaliknya aras yang sunyi sepi. Dia terus menangis, saya tak tahu la apa yang dia nampak dekat luar tu. EYFA LOLYTA "Apabila pintu lif terbuka je saya memang terkejut, gelap aras tu. Padahal waktu tu baru pukul 2 petang. Seolah-olah dab ke alam lain, macam dah malam. "Saya rasa aras tu tengah renovation sebab nampak keadaan bersepah. Baru saya perasan butang lif untuk aras yang kami berhenti tu ditutup dengan pita pelekat kuning. Maksudnya aras yang tak dibenarkan pegi. "Rupanya anak saya yang tertekan butang tu, mungkin di tengah-tengah keterujaan mereka nak pergi main, ada tangan yang gatal pergi tekan butang lif aras itu. Waktu tu saya risaukan keselamatan anak-anak je. "Saya terus tekan butang pintu lif berkali-kali nak tutup cepat dan turun semula ke bawah," kata Eyfa mengimbas semula insiden. Sebahagian komen warga maya di video Eyfa. Lebih merindingkan bulu roma apabila Eyfa berkata seorang anaknya menangis secara tiba-tiba. "Saya tak rasa apa-apa yang tak kena waktu insiden. Cuma anak saya seorang ni... apabila pintu lif tu terbuka dan semuanya gelap, dia terus menangis. Saya tak tahu la apa yang dia nampak dekat luar tu. "Tapi tak lama lepas tu dia kembali tenang. Lagi tiga orang anak saya pula nampak la mereka trauma, tak sangka boleh kena macam tu, seram. Tapi Alhamdulillah saya bersyukur tak ada apa-apa yang buruk berlaku. "Harap mereka yang nak pergi ke pusat beli-belah itu lebih peka kalau naik lif terutamanya di wing baharu, jangan jadi macam saya," kata Eyfa menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube