suria

Duit RM10,000 dah sedia, barang hantaran pun bakal suami siap beli... Tapi cik tunang ragu-ragu nak kahwin, gaji lelaki pilihan hati hanya RM2,500

Setiap pasangan yang bertunang sering berdepan pelbagai dugaan sebelum berkahwin. -Gambar hiasan

FASA bertunang adalah tempoh yang mencabar bagi pasangan bercinta sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Dikaitkan dengan 'darah manis', pasangan bertunang sering berdepan dugaan bagi menguji tahap kematangan masing-masing dalam menyelesaikan sesuatu perkara berbangkit.

Isu yang paling kerap timbul tentunya soalan pengurusan kewangan sama ada untuk wang hantaran atau kos majlis perkahwinan.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang dengan masalah kewangan yang dihadapi tunangnya.

Bertolak ansur merupakan kunci kebahagian bagi setiap pasangan suami isteri. -Gambar hiasan

Katanya, encik tunang kerap meminjam wang daripadanya untuk membeli barang keperluan peribadi.

"Saya bakal berkahwin pada Februari tahun depan. Dah booking bridal semua... barang hantaran pun dah beli.

"Cumanya tunang saya ni... sebelum kahwin duit dia asyik tak cukup je. Sebulan gaji RM2,500 dia kumpul duit hantaran untuk saya, kiranya dah cukup RM10,000 dah.

"Akhir bulan je apabila nak beli barang, dia nak pinjam duit. Tapi dia memang ada pulangkan pun hutang dia dekat saya," katanya.

Menurut wanita itu lagi, keadaan itu juga membuatkan dia bimbang dengan kemampuan bakal suaminya untuk menampung kehidupan mereka kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki tak kedekut pinjamkan power bank, pasangan tunang tengah kumpul duit nak kahwin dapat wang tunai daripada Pinn Yang

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 3K tunang ‘demand’ hantaran 20K, duduk kondo mahal... lelaki sedang fikir nak batal perkahwinan

Malah, wanita itu tidak bersetuju dengan cadangan pasangannya agar mereka tinggal bersama keluarga untuk sementara waktu hingga keadaan kewangan kembali stabil selepas majlis perkahwinan.

"Orang kata kena percaya rezeki selepas kahwin tu sentiasa ada dan luas.

"Sekarang ni apabila tanya dia fasal rumah sewa, dia cakap mula-mula kahwin ni duduk dulu rumah keluarga. Nanti baru cari rumah sewa.

Lelaki tu lebih baik dapat perempuan yang matang dan baik berbanding awak.

NETIZEN

"Sekarang ni duit kami banyak habis dekat majlis kahwin. Kami memang susah senang sama-sama sejak dulu sampai sekarang. Saya banyak tolong tunang kalau dia kesusahan," ujarnya lagi.

Namun kini menerusi hantaran di grup Facebook Tip Persiapan Perkahwinan, wanita itu mengakui mula berbelah bahagi untuk meneruskan perkahwinan atau tidak.

Sementara itu jika diteliti di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan wanita ini yang enggan mengeluarkan duit untuk majlis mereka dan mengharapkan pasangan secara keseluruhannya.

Komen netizen pada hantaran asal.

"Lelaki tu lebih baik dapat perempuan yang matang dan baik berbanding awak.

"Kasihan dekat tunang awak dapat pasangan yang macam ni. Awak tak boleh bertolak ansur ke? Awak ingat dia kumpul RM10,000 tu sikit punya duit ke?

"Bagus pasangan awak ni, dia kumpul duit untuk hantaran sehinggakan dia sendiri tidak cukup duit," komen netizen pada hantaran dibuat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain