MENJALANI kehidupan sederhana kadang kala membuatkan perasaan anak diketepikan kerana sumber pendapatan sekadar cukup makan sahaja. Namun bagi lelaki ini, meskipun tidak mampu memberikan kemewahan serta barang mahal, dia tetap memastikan kesemua anak-anaknya mendapat ‘hadiah’. Bahkan setiap hari, dia pasti akan membawa pulang apa-apa sahaja untuk meraikan anak-anaknya. Masa terluang sering dihabiskan dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan. Menerusi perkongsian video, dia dilihat memberikan pakaian untuk kesemua anaknya sekali gus membuatkan mereka berasa gembira. Mana tidaknya, kesemua anaknya dilayan seperti ratu. Berkongsi kisah di sebalik video tersebut, isterinya, Faezah Kamarudin berkata, kelima-lima anaknya akan menerima pelbagai jenis ‘hadiah’ setiap hari. ARTIKEL BERKAITAN: Sebak tengok reaksi anak sulung dapat kejutan hadiah basikal, langsung tak gelojoh - “Besarnya, nak pegang boleh?” ARTIKEL BERKAITAN: Dapat hadiah belon ‘Minion’ pun dah sebak... Budak 4 tahun tunjuk reaksi macam orang dewasa, faham erti hidup susah Malah katanya, suami yang bekerja sebagai pemandu trektar pasti akan membawa pulang apa sahaja ke rumah selepas habis kerja. “Suami saya ni setiap kali balik kerja mesti ada buah tangan untuk anak-anak. “Kebiasaannya makanan. Kalau ada duit lebih sikit dia akan belikan baju atau apa barangan keperluan untuk anak-anak,” katanya ketika dihubungi mStar. Pelukan dan ciuman daripada ayah sangat mahal dik... tak semua mampu. WARGA MAYA Menurut wanita berusia 36 tahun itu lagi, meskipun tidak hidup mewah seperti keluarga yang lain namun kebajikan mereka tetap terjaga. Malah kata suri rumah tersebut, kesemua anak perempuannya pasti akan memberi reaksi gembira walaupun sekadar makanan yang dibawa pulang. “Makanan pun mereka dah gembira, dapat baju tu memang lagi seronok sebab macam dapat surprise. Faezah bersama suami dan empat anaknya semasa ulang tahun perkahwinan ke-10. “Lagipun masa tu abah dia suruh tutup mata... baju tu diletakkan kat atas tangan sorang-sorang,” tambahnya lagi yang turut menjalankan bisnes dalam talian. Seolah memahami kehidupan yang dilalui, anak-anaknya tidak pernah meminta hadiah yang mahal seperti sebahagian kanak-kanak lain. Bahkan mereka pernah menyatakan tidak kisah sekiranya dibelikan apa sahaja jika mempunyai duit lebih. Bersama anak-anaknya yang berusia antara 10 bulan sehingga 10 tahun. “Ayat yang pernah mereka bagi ‘kalau abah ada duit boleh tak belikan anak abah apa-apa’. “Mungkin sebab itu suami akan belikan apa sahaja kalau dia balik dari kerja dan anak-anak pun mesti akan bagi reaksi gembira,” katanya yang menetap di Temerloh, Pahang. Terdahulu, video perkongsiannya itu turut meruntun hati warga maya. “Mata masuk habuk pula, semoga murah rezeki kalian. “Pelukan dan ciuman daripada ayah sangat mahal dik... tak semua mampu dan anak tak perlukan barang mahal kerana hadiah dan pelukan daripada ibu atau ayah adalah hadiah termahal. “Seronok tengok effort ayah tu tinggi... mesti nanti akan rapat dengan ayahnya,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube