suria

Terlampau ikut trend media sosial, netizen dedah pasangan sama-sama sulung terdedah sihir! Kononnya darah anak pertama ada sakti

Pelayar media sosial gemar berkongsi perihal diri di akaun masing-masing. -Gambar hiasan The Star

MEDIA sosial merupakan salah satu platform hiburan pada masa kini sejajar dengan perkembangan teknologi.

Selain menjadi tempat luahan perasaan dan perkongsian pelbagai informasi, para pelayar juga dapat mengikut trend semasa yang diperkenalkan pengendali.

Mana tidaknya, beberapa template menarik disediakan untuk pengguna berkongsi informasi mereka secara lebih santai dan menarik sehingga kebanyakan pelayar teruja untuk melakukannya.

Tangkap layar perkongsian seorang pelayar di media sosial.

Tangkap layar perkongsian seorang individu di media sosial.

Malah baru-baru ini terdapat trend berkongsikan perihal pengguna dan pasangan mereka.

Meskipun ia hanya sekadar hiburan, namun seorang pelayar di laman X tampil mempersoalkan keberanian warga maya mendedahkan maklumat peribadi tersebut.

I baru tengok salah seorang pengikut yang buat trend kat IG (Instagram) yang anak ke berapa dalam keluarga tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Trend jijik! Abang sado jadi pengotor pindahkan air suplemen dari mulut ke mulut, doktor kata bahaya boleh sebabkan kematian

ARTIKEL BERKAITAN: Buat aksi pelik, jilat aiskrim ketika live... TikToker tiru trend NPC didakwa raih hingga RM10,000 - “Tak apalah gaji sikit, daripada kena jual maruah”

“Dia dan pasangan, dua-dua anak sulung dalam keluarga. Berani betul kau orang dedahkan macam ni. Tak takut ke?” ciapnya.

Bagaimanapun, dia menjelaskan kembali bahawa ‘takut’ yang dimaksudnya adalah langkah berjaga-jaga kerana pendedahan tersebut disifatkan boleh membahayakan diri sendiri.

Perkongsiannya itu membuatkan ramai netizen tertanya-tanya tentang maksud yang ingin disampaikan.

Trend macam ni banyak dedahkan diri dengan orang luar.

WARGA MAYA

“Kenapa ya? Ceritalah sampai habis, ya aku buat trend tu both anak sulung... ada masalah apa sebenarnya dan janganlah tweet tergantung macam ni,” luah seorang warga maya.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa takut selepas membaca ciapan yang dibuat itu.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa warga maya tampil menjelaskan pendedahan seumpama itu boleh membuatkan individu terlibat terkena sihir atau dijadikan medium untuk melakukan perbuatan kurafat.

Antara reaksi warga maya berhubung trend semasa yang dikongsikannya.

Antara reaksi warga maya berhubung trend terkini di media sosial.

“Faham masyarakat Melayu dulu. Kalau kedua-dua mak ayah adalah anak sulung, kononnya darah anak sulung dia macam ada sakti... Tak pasti sama ada ibu ayah kepada pasangan tu pun kena anak sulung atau tak.

“Kalau tak silap, pengamal ilmu hitam suka kalau kedua-dua pasangan sulung dan janinnya akan dijadikan anak kerak.

“Orang yang ada ilmu-ilmu jahat ni suka cari anak hasil ibu dan ayah yang sama-sama sulung. Lagi-lagi masih bayi.

“Mengikut kepercayaan sihir, anak yang lahir dari ibu ayah yang kedua-duanya adalah sulung akan mempunyai kuasa sakti... jadi pawang atau penanggal akan rampas anak tu dan bunuh isteri,” ujar beberapa warga maya lagi.

Dalam pada itu, ada yang menyatakan trend seumpama itu membuatkan seseorang lebih mudah terdedah kepada penipuan dalam talian (online fraud).

Those trends can link to scam... so will never do. Tapi Malay selalunya akan buat, sampai kena batang hidung data dicuri, duit hilang dan pelbagai lagi baru nak sedar diri.

“Trend macam ni banyak dedahkan diri dengan orang luar.

“Trend ni memang bahaya, tak kira anak sulung atau tidak... dengan rela hati share personal info. Trend ni dengan trend yang empat nama panggilan tu. Percuma scammer dapat info nak menyamar identiti kau orang minta duit dekat kenalan dan keluarga,” tambah beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain