suria

“Anak-anak Bangla akan jadi ahli Parlimen!” - Warga asing kutuk rakyat tempatan, puji bangsa sendiri rajin kerja bangunkan Malaysia

Lelaki itu berkata Malaysia menjadi negara maju dengan bantuan warga asing dari Bangladesh.

KEMUNCULAN seorang lelaki warga Bangladesh menerusi video memperlekeh dan menghina rakyat Malaysia mengundang kemarahan ramai di media sosial.

Menurut lelaki itu, Malaysia maju kerana dibantu warga asing yang bertungkus-lumus melakukan pelbagai pekerjaan sejak sekian lama.

"Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat pagi Malaysia. Saya hormat majoriti Islam, Melayu, saya hormat undang-undang Malaysia, saya hormat kerajaan Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

file7lwfbea4qian66452qx

Kehadiran warga asing di mana-mana lokasi sudah menjadi pemandangan biasa di negara ini. -Gambar hiasan

"Ini Malaysia sudah maju, sudah kaya kerana siapa? kerana warga asing. Ini kilang-kilang (pelabur) Malaysia, semua dari luar negara. Itu dalam kilang siapa kerja? (Kerja) kontrak, kelapa sawit, potong getah, siapa buat?

"Kebun sayur, cuci longkang, korek longkang, pagi-pagi ambil sampah, siapa buat? Betullah bayar gaji. Tapi dia (warga asing) pun ada bayar duit permit. Itu tak cakap pun bro, bangang," ujarnya.

Orang Bangladesh, warga asing, rajin kerja... kerja keras, pandai cari duit, bukan macam hang.

LELAKI BANGLADESH

Dengan yakin lelaki itu turut berkata bahawa warga Bangladesh berpeluang diangkat sebagai ahli Parlimen Malaysia serta menjadi ketua negara ini, suatu hari nanti.

"Satu hari nanti, anak-anak Bangla akan jadi (ahli) Parlimen Malaysia. Ingat bro, saya beritahu sama lu (anda), anak-anak orang Bangaldesh akan jadi perdana menteri Malaysia. ini saya cakap tau.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita nikah jejaka Bangladesh kenal di kilang! Majlis di kampung suami meriah, dapat layanan VIP - “Tak seteruk kita sangka”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Niat kerja kena kuat” - 19 tahun cari rezeki di Malaysia, pekerja Bangladesh makan nasi dengan garam je... dakwa kumpul RM800,000

"Orang Bangladesh, warga asing, rajin kerja... kerja keras, pandai cari duit, bukan macam hang," ujar lelaki itu lagi.

Dalam video sama, lelaki Bangladesh itu turut menyelar seorang individu yang disebut sebagai Ustaz Sophian kerana tindakannya yang kerap menyerbu kedai-kedai milik warga asing di Pulau Pinang.

Rata-rata netizen berpendapat Ustaz Sophian yang dimaksudkan adalah pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain kerana ketegasannya memerangi aktiviti haram warga asing di negeri itu.

file7i49aoqkfqw4zni4bap

Pekerja asing datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. -Gambar hiasan

"Ini Ustaz Sophian, dia tak tahu apa-apa. Dalam Pulau Pinang, ada beratus kedai Indonesia dan Thailand. Kenapa dia tak serbu? Bangang. Orang Indonesia kahwin orang Melayu. Lelaki Melayu kahwin gadis Indonesia. Mereka berniaga bakso, sate, pecalele.

"Orang Siam berniaga tomyam, ikan bakar, goreng-goreng macam-macam, hang tak tahu apa, hang serbu kenapa? Warga asing, Bangla nikah gadis Melayu. Apa dia nak buat? Dia nak curi barang? Rompak, tipu orang? Tak.

"Ingat sini bangang, lu pondan. Itu pasal lu maki orang. Saya tak maki orang. Saya tak cakap kotor. Saya tak hina orang. Benda betul saya cakap. You tak tahu apa, Pulau Pinang saya tahu la macam mana," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain