suria

Seluar dalam hilang angkara sihir! Wanita mimpi gambar dipuja, kulit sakit rasa dihiris... Ramai takut nak sidai baju luar rumah

Tanah pusaka antara isu dalam keluarga. -Gambar hiasan The Star

ISU harta pusaka dalam keluarga sering berlaku dan menimbulkan konflik apabila masing-masing enggan menguruskannya menerusi kaedah faraid.

Lebih malang apabila ada yang tergamak menyihir ahli keluarga sendiri demi kepentingan peribadi.

Seorang wanita terpaksa melalui episod hitam dalam hidup selepas didakwa menjadi mangsa sihir.

Kisah wanita itu diceritakan semula oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Rawatan yang dilakukan Hasnan Rili terhadap wanita terbabit.

Tangkap layar video di TikTok Ustaz Hasnan.

Menurutnya, 'sihir' yang dihantar menggunakan pakaian dalam milik wanita malang itu.

“Dua kali seluar dalam yang dijemur di belakang rumahnya hilang. Rumah tersebut adalah rumah kampung.

“Walaupun belakang rumah lapang, tapi tak ada orang yang lalu lalang. Ingatkan selamat, rupanya tidak,” menurut Ustaz Mohamad Hasnan Rili.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnan, wanita berkenaan sering mengalami mimpi yang pelik sejak kehilangan seluar dalamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘pergi’ tak tinggal harta, 6 beradik tak serabut fikir faraid! Kereta jual masa sakit, yang ada cuma baju-baju bundle RM5

ARTIKEL BERKAITAN: Songlap duit pencen, tak bahagi harta ikut faraid! Anak saudara dedah makcik kini sakit misteri, saran kembalikan hak waris teraniaya

Antara yang sering dialami wanita itu menerusi mimpinya adalah dirinya dipuja menggunakan beberapa keping gambar.

“Dia kerap mimpi seluar dalam dan gambar dipuja. Kemudian dia akan terperanjat daripada tidur, jantung berdebar laju.

“Dia memang perasan yang seluar dalam dah hilang dua kali. Selepas kejadian itu, dia mula menghidap penyakit misteri.

“Kulit tak boleh disentuh sebab terasa bisa seolah-olah dihiris. Kalau bergesel dengan baju pun dia rasa terseksa sangat,” ceritanya lagi.

Ritual sihir yang dilakukan bertujuan menyakiti seseorang individu. -Gambar hiasan The Star

Amalan sihir adalah dilarang dalam Islam. -Gambar hiasan The Star

Bukan sekadar itu, wanita tersebut turut menyatakan dia telah menjumpai tompokan tanah kubur di hadapan garaj keretanya sebanyak dua kali.

Jika difikirkan secara logik, tentunya pelik apabila terdapat tanah kubur secara tiba-tiba di halaman rumah.

“Elok sahaja setompok (tanah kubur) di situ. Apa yang dialami akak ini adalah sebab rebutkan tanah pusaka,” katanya.

Menurutnya lagi, wanita berkenaan terkena sihir menerusi pakaian dalamnya yang telah hilang.

Antara reaksi warga maya di ruangan komentar.

Antara reaksi warga maya di ruangan komentar.

Perkongsian itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga maya untuk menjemur pakaian di luar rumah, termasuk bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan.

“Kasihan kakak tu, tak boleh bayangkan kalau kita kat tempatnya. Mesti sakit sangat tu.

“Aku dulu pun ada perawat cakap pakaian dan kasut ada hilang. Sampai sekarang memang tak berani nak sidai pakaian di luar rumah.

“Patulah nenek pesan supaya tak sidai pakaian dalam kat luar rumah, rupanya boleh jadi bahan sihir," komen netizen.

Sebagai peringatan, hukum melakukan sihir adalah haram dan berdosa besar, maka semua pihak perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain