suria

Pasangan tiada zuriat batal hasrat bela anak angkat tak sah taraf, mungkir janji sebelum bayi lahir... Siap tuntut ganti rugi RM1,500

Zuriat adalah penyeri dalam setiap rumah tangga. -Gambar hiasan The Star

PELBAGAI usaha akan dilakukan bagi setiap pasangan yang berkahwin untuk mendapatkan zuriat demi menyerikan rumah tangga.

Begitulah juga usaha sepasang suami isteri ini yang dikatakan berkhidmat sebagai anggota keselamatan negara.

Mengambil peluang memiliki anak angkat daripada seorang wanita yang pernah terlanjur, kedua-dua mereka sanggup melabur dan berhabisan ribuan ringgit bagi menjaga anak yang masih dalam kandungan.

Malah setiap rawatan dibuat di hospital swasta termasuk tempahan untuk melahirkan anak tersebut.

Persiapan awal perlu dilakukan supaya urusan melahirkan di hospital lebih lancar. -Gambar hiasan The Star/M Azhar Arif

Persiapan awal perlu dilakukan supaya urusan melahirkan di hospital lebih lancar. -Gambar hiasan The Star/M Azhar Arif

Begitulah yang dikongsikan seorang pelayar media sosial di satu kumpulan Facebook baru-baru ini.

“Ada kawan saya pernah mengandung anak tak sah taraf pada tahun 2021 dan sepatutnya bersalin pada Januari 2022. Saya namakan dia Ain.

“Ain tak mahu buang (gugurkan) baby tu. Jadi decide untuk cari famili angkat... ada suami isteri kerja pasukan keselamatan yang dah 15 tahun kahwin tapi belum ada anak.

“Dia setuju untuk ambil baby ni sebagai anak angkat,” cerita individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati bapa tak tenteram lepas pukul anak angkat, ‘stop’ tepi jalan menangis dalam helmet... “Teringat pula amanah mak dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak Form 3 anak angkat jaga mak ayah sakit sampai hujung nyawa, 2 kali berhenti kerja... Umur 30 tahun dilantik jadi CEO 3 anak syarikat

Pun begitu tanpa diduga, pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas kandungan mendapati janin berkenaan bersaiz kecil.

Bimbang janin berkenaan mengalami komplikasi mahupun penyakit kronik, pasangan suami isteri tersebut membatalkan hasrat untuk memiliki anak berkenaan sekali gus menghentikan segala kos pembiayaan berkaitan kelahiran dan pemeriksaan.

Checkup semua kat hospital swasta, lima hari sebelum bersalin dia tak jadi nak ambil sebab masa checkup doktor maklumkan baby kecil kurang 2kg (kilogram).

“Mungkin kena ceaser. Tak boleh bersalin normal sebab risiko untuk ibu dan baby... dia cancel last minute.

Abaikan... dia tak boleh ambil tindakan, anggap hangus sebab dia yang batalkan saat akhir.

WARGA MAYA

“Ain memang down teruk masa tu sebab tak tahu nak buat apa,” katanya lagi.

Dalam masa yang suntuk, wanita terbabit cuba mendapatkan keluarga angkat yang baru untuk anak dalam kandungannya.

Urusannya dipermudahkan apabila ditemukan dengan pasangan yang mahukan anak angkat di halaman Facebook.

“Mereka kemudian berjumpa dan terus pergi periksa kandungan. Keluarga tersebut putuskan untuk ambil dan teruskan bersalin ceaser dengan kos hampir RM15,000,” tambahnya.

Pemeriksaan kandungan penting bagi mengetahui tumbesaran janin. -Gambar hiasan The Star

Pemeriksaan kandungan penting bagi mengetahui tumbesaran janin. -Gambar hiasan The Star

Namun selepas semua urusan melahirkan selesai, pasangan penjawat awam tadi kembali bertemu wanita terbabit dan memintanya membayar kembali kos rawatan yang telah dikeluarkan termasuk perbelanjaan makan sepanjang kehamilan.

Disebabkan pasangan tersebut yang mungkir janji, wanita itu enggan membayar jumlah yang diminta.

Bagaimanapun selepas dua tahun perkara tersebut berlalu, pasangan berkenaan kembali sekali lagi dan menuntut kos perbelanjaan berkenaan.

Bimbang tindakan lanjut dibuat mereka, pengguna Facebook tersebut bertanyakan sama ada pasangan suami isteri berkenaan boleh menyaman rakannya itu atau tidak.

“Saya nak tanya jika Ain tak bayar, suami isteri ni boleh teruskan untuk saman ke? Kos tu dalam RM1,500 untuk checkup masa Ain pregnant termasuk duit yang dia bagi untuk Ain makan dan minum,” ajunya.

Pandangan yang diberikan warga maya berhubung isu tersebut.

Pandangan yang diberikan warga maya berhubung isu tersebut.

Persoalannya itu mendapat perhatian ahli kumpulan Facebook tersebut yang kemudian tampil dengan pandangan masing-masing.

Rata-ratanya berpandangan wanita terbabit tidak perlu membuat bayaran kepada pasangan suami isteri berkenaan.

“Tak perlu bayar, dia yang batal saat akhir. Baru diuji anak bersaiz kecil dah tak mahu... ada hikmah bayi tak dapat pada pasangan tu.

“Nampak macam berkira sangat, dengar bayi kecil terus tak mahu. Padahal bayi kecil belum tentu ada masalah kesihatan, pada pendapat saya tak perlu pulangkan balik duit tu.

“Yang membiayai tak boleh saman sebab duit yang diberi tu bukti mereka nak ‘membeli’ bayi.

“Abaikan... dia tak boleh ambil tindakan, anggap hangus sebab dia yang batalkan saat akhir,” ujar beberapa warga maya.

Pun begitu seorang warga maya turut berkongsikan pandangan selepas mendapat maklumat daripada peguam.

“Saya pernah tanya pasal nak ambil anak angkat kat peguam... mereka cakap jangan beri duit atau apa-apa dalam bentuk kewangan kerana ada unsur penjualan dan kedua-dua pihak boleh didakwa atas pemerdagangan manusia,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan