suria

Tuan rumah geram jiran tak ada ‘common sense’... Bagi tumpang garaj percuma, kereta rosak dibiar tersadai setengah tahun

Hidup berjiran perlu bertimbang rasa. -Gambar hiasan The Star

HIDUP berjiran tentunya harmoni dengan saling membantu antara satu sama lain.

Namun apa yang tidak sedap didengar kadang kala bantuan yang dihulurkan itu ‘memakan diri’, hanya kerana sikap tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan.

Seorang pengguna Facebook ini merasai pengalaman sendiri selepas membenarkan jiran meletakkan kenderaan di garaj di rumah yang disewakannya yang ketika itu masih belum ada penyewa baharu.

Hantaran asal yang dibuat pelayar Facebook berkenaan.

Luahan tuan rumah mengenai sikap jirannya.

“Itu rumah saya tapi bagi sewa. Masalahnya sekarang, kereta itu milik jiran dan dia sudah pindah rumah.

“Kereta tu dia tak ambil... semasa rumah saya masih kosong (belum ada penyewa), pemilik kereta minta tumpang letak di garaj,” luahnya di laman Facebook.

Menurutnya, masalah mulai timbul apabila dia sudah mendapat penyewa baharu.

Disebabkan kereta jirannya itu, penyewa terpaksa meletakkan kenderaan di luar rumahnya dan keadaan itu berlarutan selama hampir setengah tahun.

“Sekarang rumah tu dah ada penyewa dan terpaksa letak kereta di luar sebab kereta jiran saya ada... hampir setengah tahun dah dia tak datang ambil kereta,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran cari pasal parkir depan pagar, tuan rumah ‘hantar’ mak mentua tolong ‘settle’! Sekali amuk terus tak nampak bayang kereta

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau tak puas hati ke?” - Wanita parkir kereta senget ‘disembur’ pemandu sebelah, lelaki gempal mengamuk susah buka pintu

Buntu dengan situasi tersebut, dia bercadang untuk membuat laporan polis kerana mahu menggunakan khidmat lori tunda bagi mengalihkan kenderaan tersebut ke lokasi lain.

Namun dia dimaklumkan bahawa kenderaan jiran berkenaan adalah di bawah 'jagaan'nya.

Tak akan tuan rumah pula nak kena jaga sedangkan tuan kereta sendiri lepas tangan.

WARGA MAYA

“Pergi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) nak buat laporan dan nak panggil towing untuk alihkan kereta tapi polis tak bagi sebab kereta tu harta orang.

“Polis cakap kalau nak towing boleh tapi kereta jiran tu di bawah jagaan saya. Saya pula tinggal di daerah lain,” dakwanya.

Lebih memburukkan keadaan, jirannya tidak dapat dihubungi dan kereta yang berada di garaj rumahnya itu rupa-rupanya sudah rosak.

Berpindah ke lokasi lain membuatkan hubungan antara seseorang individu itu putus. -Gambar hiasan The Star

Jiran saling bantu-membantu. -Gambar hiasan The Star

Luahannya itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen berhubung kejadian yang berlaku.

“Boleh guna pakai ke ‘hak orang’ sedangkan dia parkir dalam kawasan orang lain? Pelik juga undang-undang pun. Semoga dipermudahkan urusan tuan.

“Maksudnya kita bolehlah parkir kereta dalam rumah jiran? Sebab jiran tak ada hak atas harta kita walaupun kita parkir atas harta dia.

Rumah terbiar atau kosong sering menjadi 'stor' jiran tetangga. -Gambar hiasan The Star

Rumah terbiar atau kosong sering berlaku di kawasan kejiranan. -Gambar hiasan The Star

“Memang harta orang tapi dah lebih pula, pemilik dia tak bertanggungjawab. Kata minta tumpang dan bukan bayar sewa pun. Tak akan tuan rumah pula nak kena jaga sedangkan tuan kereta sendiri lepas tangan.

“Tumpang letak dekat ruang parkir balai, situ banyak petak kosong,” ujar beberapa warga maya.

Pun begitu, salah seorang pelayar mencadangkan kaedah yang boleh dilakukan tuan rumah sekiranya mahu mengeluarkan kenderaan tersebut dari garajnya.

Menurutnya, tuan rumah perlu menghantarkan mesej kepada pemilik kenderaan sama ada dapat dihubungi atau tidak, ia bukanlah masalah.

“Kedua, buat public announcement dengan tangkap gambar kereta tanpa sembunyikan nombor kenderaan dan minta pemilik datang ambil dalam tempoh 14 hari atau kereta akan dilupuskan.

“Ketiga, buat cover report polis dan maklumkan bahawa pemilik kereta telah dimaklumkan melalui nombor telefon terakhir yang diketahui, public announcement telah dibuat dalam Facebook dan tempoh 14 hari sudah tamat untuk diambil tindakan bagi melupuskan kenderaan.

“Keempat, panggil geng besi buruk dan jual kereta kepada mereka dengan menyerahkan salinan mesej yang dihantar, salinan public announcement dan salinan cover report kepada mereka,” katanya sambil dipersetuji beberapa warga maya yang mengakui pernah melakukan perkara sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain