suria

Isteri mengidam putu mayam tapi ada banyak ‘kriteria’, netizen ajar suami ‘tipu’ kalau gagal penuhi syarat

Putu mayam antara makanan yang sering diidamkan wanita hamil. - Gambar hiasan The Star

APABILA berada dalam fasa kehamilan, kebanyakan wanita pasti mempunyai pelbagai keinginan yang pelik terutama berkaitan makanan.

Malah, masyarakat zaman dahulu percaya bahawa keinginan yang dipanggil mengidam itu ‘wajib’ dipenuhi.

Seperti yang dialami lelaki ini, isterinya meminta dia mendapatkan kuih putu mayam yang terkenal dalam masyarakat India.

Bukan itu sahaja, isterinya juga memperincikan tentang ciri-ciri penjual kuih yang perlu dipatuhi si suami, yang mana ia perlu dibeli daripada peniaga yang menaiki motosikal.

Perkongsian seorang pelayar Facebook yang mencari dan telah menjumpai putu mayam.

Perkongsian seorang pelayar Facebook yang mencari dan telah menjumpai putu mayam. -Gambar Facebook Shah Affendi

Disebabkan tidak ramai yang menjual kuih putu mayam menggunakan motosikal, suaminya meminta bantuan pelayar Facebook.

“Tolong saya geng, kalau ada kenal atau jual... lain macam mengidam.

“Siapa jumpa tolong belikan, nanti saya order kurier untuk ambil,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan isteri, lelaki berkenaan menyatakan bahawa dia akan cuba menunaikan permintaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Permintaan pelik! Isteri hamil mengidam pegang pinggang abang askar, suami jadi ‘pak turut’

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengidam nasi ayam goreng di sekolah lamanya, suami terpaksa pergi sehari lebih awal ‘kawtim’ dengan guard

Mana tidaknya, isterinya sebenarnya sudah lama mengidam makanan tersebut sejak ternampak seorang penjual putu mayam menunggang motosikal di lebuh raya.

“Hari tu saya ada nampak uncle tu naik motor tapi masa tu kat highway, macam mana saya nak tahan,” ujar isterinya sambil menegaskan dia teringin makanan yang dijual peniaga berbangsa India.

Selepas berkongsi keinginan isterinya, dia mendapat pelbagai maklum balas sehingga akhirnya berjaya memperoleh 'putu mayam motosikal'.

Malah ‘bukti’ dibeli daripada peniaga India yang menunggang motosikal turut diperoleh.

Nak putu mayam tapi nak uncle India yang jual... nasib jumpa. Suapan pertama tu meremang bulu roma.

WARGA MAYA

Mana tidaknya, isterinya sudah menolak peniaga putu mayam yang menggunakan basikal roda tiga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bukan sahaja memberikan lokasi yang sering menjadi laluan peniaga putu mayam bermotosikal malah mencadangkan pelbagai cara untuk menunaikan impian isteri pelayar Facebook berkenaan sekiranya tidak menjumpai penjual yang dikehendaki.

“Cari ‘anne’ kedai putu mayam suruh dia duduk atas motor untuk tangkap gambar.

“Beli yang kat kedai tu tapi suruh seller bungkus macam India... kemudian cakap India punya,” ujar beberapa warga mayamemberi cadangan.

Warga maya turut berkongsi pengalaman dan lokasi putu mayam.

Warga maya turut berkongsi pengalaman dan lokasi putu mayam.

Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman sendiri dan isteri masing-masing yang mengidam pelbagai jenis makanan selain ramai yang mempunyai keinginan sama dengan isteri pelayar tersebut.

Malah kebanyakan para suami menyatakan mereka berusaha menunaikan permintaan tersebut meskipun terpaksa memandu jauh.

“Saya pun mengidam putu mayam uncle India naik motor masa mengandung. Puas suami cari macam nak gila sampai saya merajuk tak bercakap dengan dia selagi tak dapat.

“Anak ketiga saya pun ngidam yang sama... nak yang atas motor India jual tapi masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) memang tak dapat.

“Sama macam saya sebelum ni, pregnant mom. Nak putu mayam tapi nak uncle India yang jual... nasib jumpa. Suapan pertama tu meremang bulu roma,” tambah beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain