suria

Anak muntah-muntah, mulut berbuih lepas telan ubat... Ibu menyesal bagi makan pil tamat tempoh, sangka ‘overreacted’

Keadaan kanak-kanak perempuan selepas mengambil ubat tamat tempoh.

PERKONGSIAN seorang wanita tentang anak gadisnya yang berada dalam keadaan separa kritikal selepas makan ubat demam membuatkan warga maya berasa cemas.

Mana tidaknya, tubuh kanak-kanak berkenaan dikatakan memberi tindak balas negatif selepas dia mengambil ubat yang sudah tamat tempoh.

Menurut pemilik akaun msrs, situasi cemas itu bermula selepas anaknya pulang dari sekolah dan mengadu mengalami demam.

“Saya suruh dia makan ubat paracetamol... dia ni jenis susah makan ubat.

Ubat yang telah tamat tempoh perlu dibuang. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof

Ubat yang telah tamat tempoh perlu dibuang. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof

“Jadi apabila nak makan ubat tu... dia punya drama tak mahu makan ubat, jangan cakaplah. Memang stres, tapi dia makan juga apabila dipaksa,” luahnya menerusi TikTok.

Namun selepas pengambilan ubat tersebut, anaknya mengadu pula diserang sakit dada dan ingin muntah.

Malah anaknya turut menjerit kerana mendakwa seluruh badannya terasa gatal.

Bagaimanapun si ibu seperti tidak mengendahkan simptom yang ditunjukkan kerana menyangka anak perempuannya itu sengaja berkelakuan begitu bagi mendapatkan perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun kahwin, suami jadi OKU hanya kerana titisan ubat selepas mata masuk habuk... Isteri mahu setia hujung nyawa!

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar kimia kongsi label tarikh luput ‘Guna Sebelum’ dan ‘Baik Sebelum’ tak sama... ada produk perlu dibuang cepat-cepat daripada simpanan!

“Saya ingat dia overreacted and just nak perhatian, jadi saya ignore.

“Kemudian dia jerit pula, mulut sakit. Apabila saya tengok, mulut dia dah bengkak... muka penuh ruam.

“Dia lembik, tak larat dan terus tumbang. Saya angkat dia ke katil dan terus muntah... banyak,” ujarnya.

Lebih mengejutkan apabila mulut anaknya mula berbuih.

Lepas baca ni, aku pergi buang ubat yang dah berbulan-bulan simpan dalam peti ais.

WARGA MAYA

“Lepas tu dia batuk dan keluar buih penuh kat mulut. Saya panggil dia, tepuk-tepuk muka dia... tapi dia tak sedar, pengsan.

“Nasib masa tu suami baru balik. Terus dukung bawa ke bahagian kecemasan hospital,” tambahnya.

Dalam pada itu, wanita ini turut menzahirkan syukur kerana jirannya yang merupakan pembantu pegawai perubatan membantu memudahkan urusan.

Malah katanya, setiba di hospital, doktor menyatakan tahap oksigen telah turun.

Warga maya memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.

Warga maya memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.

“Tak dapat bayangkan kalau kami lambat ke hospital. Selepas kakak sedar, terus minta maaf sebab tak percaya dia sakit masa tu.

“Kakak warded satu malam dan sembuh macam biasa. Terima kasih Hospital Batu Gajah,” luahnya yang tinggal di Ipoh, Perak.

Susulan insiden yang dialami, dia mula membuang ubat-ubatan yang tamat tempoh.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan kebimbangan kerana mengakui mereka juga tidak memberi perhatian tentang risiko mengambil ubat-ubatan yang tamat tempoh.

“Lepas baca ni, aku pergi buang ubat yang dah berbulan-bulan simpan dalam peti ais.

“Stok ubat dalam peti ais kena rajin check at least three to six months dan apabila nak bagi anak makan pun semak semula tentang tarikh tamat.

“Disebabkan itulah saya akan buang ubat yang dibuka selepas dua minggu. Takut kalau anak-anak makan ubat yang dah tamat tempoh ni... bahaya,” ujar beberapa netizen lagi.

Tidak kurang juga yang meminta supaya dia membuat ujian alergik ke atas anak perempuannya kerana mendapati simptom yang ditunjukkan lebih kepada masalah alergik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain