PEMANDU e-hailing mempunyai hak untuk menolak atau membatalkan tempahan penumpang atas alasan atau faktor tertentu. Dalam situasi ini, sudah tentulah penumpang akan berdepan kesukaran untuk pergi ke destinasi dikehendaki terutamanya ketika kecemasan atau hari sudah lewat malam. Seorang pemandu e-hailing tidak menyangka dipertemukan dengan seorang remaja perempuan yang tempahannya sering ditolak oleh rakan-rakan pemandu lain, baru-baru ini. Perjalanan ke destinasi yang dituju. Berkongsi cerita, pemandu tersebut berkata, kejadian berlaku ketika dia menjemput gadis itu pada waktu petang, di Selayang, Selangor. “Pick up budak tingkatan lima kat Selayang. Baik budaknya. Dia kata bapa dia seorang ustaz,” katanya. Namun, dia tersentak apabila gadis itu memaklumkan sesuatu ketika mereka berdua berbual di dalam kereta. Manakan tidak, pelajar tersebut memberitahu dia tinggal di kawasan perumahan yang tidak boleh dimasuki sewenang-wenangnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing dapat job hantar penumpang wanita ke kubur, ghaib sebaik tiba di lokasi... bayar tambang guna duit lama ARTIKEL BERKAITAN: Seram! Dapat tambang daun kering, isteri pemandu Grab dedah, “Wanita tu pelik, sikit-sikit gelak” “Aku mula triggered apabila budak perempuan ni kata rumah dia tak boleh masuk selepas pukul 6 petang. Kalau ada urusan dengan bapa dia je baru boleh masuk. “Masa aku nak tanya kenapa, aku periksa balik alamat budak ni dan sampai ke pondok pengawal,” ujarnya mengenai cerita gadis itu yang menimbulkan tanda-tanya. Pemandu e-hailing berkongsi pengalaman membawa seorang penumpang. -Gambar hiasan/The Star Selepas itu, barulah remaja itu menyambung kembali perbualan dan pemuda berkenaan sempat meneliti keadaan di sekeliling sebaik saja memasuki kawasan kediaman penumpangnya. Walaupun hari masih siang, lelaki itu mengakui terkejut apabila menyedari laluan ke destinasi merupakan tanah perkuburan. “Dia cakap ‘Ha, kat dalam inilah rumah saya, bang’. Aku pula nampak kiri kanan kubur! “Dalam rasa seriau tu, dia cakap susah untuk dapat e-hailing sebab pemandu akan cancel apabila tengok alamat,” katanya. Masyarakat digalakkan menziarahi kubur kerana mengingatkan kepada kematian. -Gambar hiasan/The Star Mendengar keluhan remaja itu, dia akhirnya memahami situasi yang dihadapinya dan dalam masa sama faham mengapa rakan pemandu lain yang menolak tempahan daripada gadis berkenaan. Malah, bagi dirinya sendiri, menghantar penumpang tersebut merupakan satu pengalaman baharu sepanjang dia mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing. “Ye, memang alamat budak ni di tanah perkuburan. Paling best dalam ni ada dua kuarters, dikelilingi kubur. Salah satu rumah adalah rumah budak inilah,” katanya lagi. Apa nak takut bang? Esok kita ke situ juga (meninggal dunia). Tapi saya dekat sikitlah, tak payah naik van (jenazah). PENUMPANG Satu perkara yang menarik perhatiannya apabila perbualan mereka berdua turut menyentuh tentang pandangan umum terhadap kawasan perkuburan dan jawapan remaja itu amat memberi keinsafan serta pengajaran. “The best part apabila budak ni kata Apa nak takut bang? Esok kita ke situ juga (meninggal dunia). Tapi saya dekat sikitlah, tak payah naik van (jenazah)” ujar penumpang remaja itu secara berseloroh. Antara perkongsian seorang pemandu e-hailing di TikTok. Perkongsian menerusi akaun TikToknya @Mynt85 turut memberi kesedaran dan keinsafan kepada netizen dengan pelbagai reaksi ditinggalkan di ruangan komen. “Bagus budak ni, memberi ayat membina. Ayat yang last tu win. “Depan rumah ada kubur. Dulu kalau balik awal pagi, relaks je dulu depan pintu pagar. Tengok pemandangan kubur macam tenang je. Tak pernah fikir nampak hantu pun. “Ada kesedaran sikit. Cuma setiap hari kita nampak suasana yang sedih, sebuah perpisahan,” antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube