BUDAYA keusahawanan jika dipupuk sejak awal usia dapat melahirkan masyarakat yang berdaya saing. Matlamatnya supaya kita tidak hanya menunggu peluang datang bergolek, sebaliknya mencabar diri untuk mencuba sesuatu di luar keselesaan diri. Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi tentang kecekalan seorang kanak-kanak lelaki berniaga makanan ringan di tepi jalan dipercayai di hadapan rumahnya. Kanak-kanak yang berniaga jajan di tepi jalan mendapat perhatian seorang lelaki. Dalam video TikTok yang tular itu, lelaki dikenali sebagai Ejueju itu singgah ke gerai kanak-kanak tersebut dengan menaiki motosikal. Membuka bicara, kanak-kanak bernama Aqeel itu berkata dia baru pulang dari sekolah rendah dan terus membuka meja jualan tanpa sempat menukar pakaian seragamnya. Di hadapan Aqeel kelihatan terhidang beberapa jajan yang pasti menggamit nostalgia ramai seperti aiskrim pop, gula-gula batang masam manis dan kerepek. ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki jalan-jalan dekat mall, wanita dapat hadiah cincin emas! TikToker popular dipuji tak lokek bagi sedekah ARTIKEL BERKAITAN: Budak umur 3 tahun sibuk tolong berniaga, tak sangka pula jadi pelaris gerai... ibu lega upahnya cuma aiskrim Turut kelihatan adalah bekas tabung yang sudah terisi dengan duit syiling dan beberapa keping wang kertas menandakan jualan Aqeel mendapat sambutan yang baik. "Wah bagus la kau ni, berniaga elok-elok, belajar pun pandai-pandai tau. Yang penting jangan main game. Untuk yang lain, budak ni berniaga di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Selangor. "Bagus daripada kecil lagi dah ajar anak kita berniaga, jangan ajar anak kita main gadget je. Jom kita support adik ni," kata Ejueju. Sebenarnya tak penting pun berapa yang kita bagi, yang penting ikhlas. WARGA MAYA Ejueju seterusnya memilih untuk membeli aiskrim pop berharga 50 sen sebatang dan sempat memberikan wang sagu hati kepada Aqeel. "Bagi pakcik dua aiskrim yang warna oren. Nah seringgit. Yang lagi RM1 ni pakcik bagi sedekah. Selamat maju jaya adik," kata Ejueju sebelum berlalu pergi. Di ruangan kapsyen, Ejueju memberitahu dia juga mempunyai seorang adik yang rajin berniaga. "Adik aku pun dulu kecil-kecil rajin berniaga, tak macam orang lain asyik baring je. Mungkin tak puas meniarap masa bayi," kata Ejueju sinis. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya sempat berjenaka mengenai kehadiran si bulus di sebelah Aqeel. "Bos besar dalam bisnes adik ni adalah kucing yang duduk tepi dia tu. Komen warga maya yang mengatakan mereka adalah ahli keluarga Aqeel. "Bagus la ada kucing teman adik ni. Tapi kan, entah-entah adik ni semangat berniaga sebab nak kumpul duit beli gadget, dah sudah," kata sebahagian warga maya. Ada juga warga maya yang mempersoalkan nilai pemberian sedekah oleh Ejueju kepada Aqeel. "Bang, followers TikTok ada 120,000 lebih, tak akan bagi adik tu seringgit macam tu je. "Sebenarnya tak penting pun berapa yang kita bagi, yang penting kita ikhlas. Abang ni dah tolong viralkan bisnes adik ni, esok lusa mana tahu siap pacak kedai sebuah," ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube