MUNGKIN ada segelintir yang memandang remeh akan tugas seorang suri rumah. Bagi mereka, tugasan seorang suri rumah amat mudah kerana hanya melakukan rutin harian di kediaman sendiri, tidak perlu punch card, boleh berehat pada bila-bila masa dan sebagainya. Namun hakikatnya, mereka hanya nampak pada luarannya sahaja sedangkan jika disenaraikan, terlalu banyak tanggungjawab yang tergalas pada bahu seorang suri rumah, lebih-lebih lagi jika mempunyai anak yang masih kecil. Disebabkan itu, suri rumah adalah antara golongan yang berisiko mengalami burnout atau kepenatan melampau akibat stres. Jauh sekali mahu merungut, namun adakalanya luahan yang dimuat naik di media sosial sekadar untuk berkongsi kisah serta cara masing-masing ketika menangani burnout, sebagaimana perkongsian seorang ibu ini, Nurul Ika Ibrahim, di Facebook. Selain suami, kehadiran ahli keluarga juga mampu membantu meringankan beban suri rumah. -Gambar hiasan "Tak ingat bila last makan dengan tenang dan kenyang. Time ambil gambar ni pun Sara menangis, sebab dia nampak pinggan makanan ni. Sara memang pantang nampak makanan dan kalau makan dengan dia, jenuh nak layan peel dia. "Tak kena gaya, terbalik pinggan dia kerjakan. Bukan tak cuba nak enjoy makan dengan anak... layan je. Seharian duduk rumah, buat apa pun memang kena bersama anak, apabila nak kenyangkan perut pun kena layan peel anak, boleh stres mak. "Masa tu nak makan pun rasa serabut tau, makan laju-laju. Kadang-kadang tak habis pun makan sebab selera tu hilang apabila ketenangan tu tak ada," demikian kongsi ibu kepada empat orang anak itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan senang nak jadi tak garang” - Ibu berkurung dalam bilik takut hilang sabar pukul anak, biar si kecil meraung di luar ARTIKEL BERKAITAN: Akibat terlalu penat, ibu akui ego hinggakan berlaku kejam pada anak-anak... akhirnya tersedar ketika lihat sesuatu - “Ada kesan air mata di muka mereka, menyesal tak sudah!” Tambah wanita itu, disebabkan kekangan antara melakukan kerja rumah dengan melayani anak-anak, dia akur apabila sedikit sebanyak perkara tersebut menjejaskan selera makan. "Berbulan-bulan dah tiada selera makan, makan apa pun tak pernah habis... apatah lagi nak menambah. "Macam manalah anak nak besar, minum susu emaknya pun tak cukup zat. Tadi makan nasi ni pun tak habis," kongsinya lagi. Cakap lebih-lebih orang kata tak bersyukur. Kita nak bercerita nak meluah je. NETIZEN Bagaimanapun ujar wanita ini, dia dan suami sentiasa bertolak ansur apabila menguruskan hal rumah serta anak-anak. Salah satu caranya adalah dengan melakukan aktiviti untuk menenangkan fikiran dan berehat seketika atau healing. Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian warga maya khususnya kaum ibu apabila sehingga kini meraih lebih 500 shares di Facebook. Menjengah ruangan komen pula, majoriti kaum ibu turut sama berkongsi kisah masing-masing, malah mereka saling memberikan kata-kata semangat antara satu sama lain. Rata-rata wanita turut berkongsi luahan yang sama. "Time yang betul-betul boleh menikmati makanan atau masa untuk diri sendiri, time tengah-tengah malam bila semua dah tidur. "Faham sangat perasaan itu. Saya kadang bawa makanan masuk bilik sebab nak menikmati sebuah ketenangan. Kunci pintu, makanlah tanpa gangguan. "Selalunya makan sekadar menelan... tak sempat enjoy rasa ke apa. Hahaha. Kadang-kadang tu tak jadi makan. Begitulah keadaannya kan. Tapi itu lah, cakap lebih-lebih orang kata tak bersyukur. Kita nak bercerita nak meluah je," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube