suria

Harapan pakcik ini berkecai, baki dalam bank hanya RM14... Tiba-tiba muncul hamba Allah, baik hati hulur duit buat belanja

Perkongsian tentang nasib seorang lelaki warga emas mengundang sebak ramai.

SETIAP seorang daripada kita berdepan dengan ujian yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing.

Ramai yang hidupnya senang namun ada juga terpaksa mengharungi liku-liku dan hanya meneruskan kehidupan secara ala kadar.

Begitulah perkongsian yang menginsafkan ramai daripada seorang wanita di Facebook tentang seorang lelaki lanjut usia yang hidup susah.

Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) disediakan di setiap cawangan bank. -Gambar hiasan

Dalam hantaran itu, wanita tersebut berkata hatinya tersentuh tatkala memulakan bicara dengan individu berkenaan.

"Ya Allah, sedih betul tadi pergi bank... pakcik tepi aku ni check baki dalam akaun dia ada RM14 je. Mulanya saya saja-saja tanya pakcik buat apa datang bank.

"Dia kata nak cuba tengok kalau dalam bank dia ada masuk duit atau tak. Tapi rupanya ada RM14 je tinggal. Dia siap cakap baru ingat nak keluarkan duit untuk belanja. Nampak sedih riak wajah dia.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 beranak ikhlas tolong pakcik kereta rosak, balik rumah dapat pula mesej mohon bantuan bayar cukai harta

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik menggigil sejuk tepi jalan pukul 5 pagi! Keluar sendirian nak cari anak, kemalangan sebab brek motor rosak

"Aku rasa kesian sangat, tambahan pula tengok pakcik tu jalan macam larat tak larat je. Aku ringankan tangan bagi duit belanja dekat pakcik tu," kata wanita tersebut.

Menurutnya lagi, reaksi pakcik tersebut apabila menerima sedekah duit belanja itu membuatkan hatinya bertambah sayu.

"Berair air mata dia ambil duit belanja aku, sambil tu dia doakan aku juga. Selepas tu, dia jalan perlahan-lahan untuk keluar dari bank.

Sebenarnya ini adalah ujian untuk pakcik tu dan juga untuk kita, Alhamdulillah sis sudi berkongsi rezeki.

WARGA MAYA

"Nampak betul tak bermaya pakcik ni, dengan wajah sugul dia yang membuatkan aku sentiasa rasa bersimpati. Aku tak sampai hati tengok keadaan dia begitu, aku pergi kejar balik pakcik tu.

"Aku tambah lagi duit untuk pakcik, nampak bersyukur tak terhingga sampai bergenang air mata dia. Betul berterima kasih, dia teruskan lagi berdoa untuk aku," imbas wanita itu lagi.

Wanita tersebut kemudiannya mengakui keadaan ekonomi hari ini yang sempit boleh membuatkan ramai terdesak.

"Sedih apabila fikirkan balik, anak zaman sekarang pun ramai tak mampu bagi duit dekat mak ayah sebab semua susah," kata wanita itu menutup bicara.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui tentang kesulitan hidup masa kini.

"Itulah realiti hari ini, gaji RM1,500 hidup dekat Kuala Lumpur memang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi walau sekecil mana pun gaji kita, cuba la untuk hulur sedikit dekat ibu bapa.

"Apabila tengok daripada belakang, pakcik ni ada iras macam arwah ayah aku, sedihnya rasa. Terima kasih sis sebab sudi tolong pakcik tu.

"Sebenarnya ini adalah ujian untuk pakcik tu dan juga untuk kita, Alhamdulillah sis sudi berkongsi rezeki. Semoga semakin berjaya pekerjaan atau perniagaan sis," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain