suria

Pemandu e-hailing tersengguk-sengguk ‘kejar trip’, ajak minum pun tak mahu... Rupanya kerja sejak pagi nak sara 7 anak

Keadaan ekonomi memaksa orang ramai melakukan lebih daripada satu pekerjaan. -Gambar hiasan

DEMI menyara sebuah keluarga yang besar, seorang bapa sanggup melakukan tiga jenis pekerjaan berbeza setiap hari sehingga lewat malam.

Keadaan tersebut membuatkan lelaki yang turut bekerja sebagai pemandu e-hailing itu hampir tertidur sewaktu menghantar penumpangnya pulang ke rumah.

Kisah membabitkan individu itu diceritakan semula penumpang bernama Mohd Firdaus Jailan dalam hantaran di Facebook miliknya.

Menyedari keadaan pemandu itu yang kerap terlelap, Firdaus meminta pemandu tersebut memperlahankan kadar kelajuan bagi mengelak sebarang kejadian buruk.

"Semalam saya balik naik e-hailing. Brother tu bawa laju sangat.

Berehat seketika dapat merehatkan minda daripada kepenatan. -Gambar hiasan

"Kemudian saya perasan dia macam nak terlelap, tiga hingga empat kali juga. Saya tegur dan dia perlahankan kenderaan," ujarnya.

Masih bimbang dengan keadaan pemandu yang dilihat cukup keletihan, Firdaus mencadangkan agar dia berhenti untuk berehat seketika sebelum menyambung pemanduan.

Namun cadangan itu ditolak pemandu berkenaan.

"Saya offer dia berhenti supaya boleh lelap 10 hingga 15 minit minit. Dia tak nak. Jadi terpaksalah saya ajak dia menyembang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak periksa alamat, pemandu e-hailing lalu kawasan kubur! Penumpang beritahu rumahnya ‘dalam situ’, tak boleh suka-suka masuk

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu bas sedap-sedap dalam aircond, biar penumpang berpanas... Lelaki ini naik geram tengok driver tiada adab

"Sembang punya sembang, rupanya dia buat tiga kerja. Anak ada tujuh orang, paling kecil baru setahun lebih.

"Siang dia kerja kilang. Malam dia bawa e-hailing. Hujung minggu dia buat kerja tukang paip," demikian menurut Firdaus.

Tambah Firdaus, setelah tiba di destinasi dia mengajak lelaki berkenaan untuk berhenti minum seketika, namun ia turut ditolak.

Kegigihan yang ditunjukkan lelaki berkenaan dalam mencari rezeki membuatkan hati Firdaus tersentuh.

Pengorbanan seorang ayah nak pastikan semua komitmen dan keperluan anak-anak dan isteri terjaga.

NETIZEN

"Dia tolak sebab katanya belum sampai target (pendapatan) harian lagi. Jam sudah pukul 11 malam. Pukul berapalah agaknya dia akan pulang. Esok pagi nak kerja lagi.

"Semoga Allah kuatkan jiwa dan tenaga kedua ibu bapa yang bekerja keras membela keluarga.

"Terus rasa diri ini sangat kurang bersyukur. Terima kasih Allah berikan ingatan dengan cara halus begini," jelasnya lagi.

Perkongsian Firdaus yang merupakan seorang usahawan itu meraih perhatian ramai sehingga menjadi tular.

Komen netizen di Facebook.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum dan simpati terhadap kesungguhan pemandu e-hailing itu yang sanggup bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga.

"Sangat terkesan, kasihannya. Bahaya la bawa kereta mengantuk.

"Hidup ni keras. Saya rasa macam baru je nak rehatkan badan... sekali terbaca status ni terus tak jadi.

"Pengorbanan seorang ayah nak pastikan semua komitmen dan keperluan anak-anak dan isteri terjaga. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan abang ini sekeluarga," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain