REMUK hati seorang ibu apabila anaknya mengalami komplikasi kecederaan tulang belakang akibat jatuh di sekolah selepas rakannya menarik kerusi ketika dia mahu duduk. Menurut Azera Yazid, 35, kejadian yang menimpa anaknya Puteri Nur Atiqah, 11, cukup mengecewakan lebih-lebih lagi kanak-kanak berkenaan mengidap penyakit saraf cerebral palsy. Ketika dihubungi mStar, dia menceritakan semula kisah duka yang berlaku terhadap anaknya sewaktu duduk berehat selepas latihan nasyid di sekolah baru-baru ini. Keadaan Atiqah selepas kejadian. "Iqa (Atiqah) ni seorang anak istimewa yang duduk di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Masa dia nak duduk tu ada kawan tarik kerusi sebagai gurauan. "Anak saya jatuh terduduk. Iqa menangis sebab mungkin tulangnya terhentak. Cikgu kelas pun terus maklumkan pada saya, minta datang segera untuk ambil dia di sekolah. "Saya bawa Iqa pergi Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak dekat Shah Alam, Selangor. Doktor beritahu memang ada kesan tak baik dekat bahagian tulang dia," ujarnya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Terus istighfar! Ingatkan anak orang lain, rupanya bayi lebam zuriat sendiri... masa bersalin teran lebih 5 kali ARTIKEL BERKAITAN: Suami siap jeling! Marah isteri jadi punca anak sakit tak baik-baik... Doktor ‘mencelah’, lelaki bukan kerja beli beras saja Tambah Azera, doktor memberitahu Iqa mengalami komplikasi patah tulang coccygeal yang minimum, lebam pada tulang (bone bruise), dan bonjolan cakera (disc bulge). Bercerita lanjut, ibu kepada empat cahaya mata ini memberitahu kesan akibat kecederaan itu ialah anaknya kini sukar untuk berjalan dan duduk seperti sebelumnya. "Selama ni saya struggle nak besarkan Iqa yang ada ada cerebral palsy. Saya ajar dia berdikari macam anak-anak yang lain tapi kali ini saya yang terduduk dan kecewa. "Ini adalah antara perkara yang saya takut tapi sudah terjadi. Sampai sekarang Iqa masih menangis sebab sakit kalau banyak bergerak. Saya ajar dia berdikari macam anak-anak yang lain tapi kali ini saya yang terduduk dan kecewa. AZERA YAZID IBU "Nak duduk dan berdiri lama pun tak boleh. Dia cuma okey lepas makan ubat tahan sakit je," katanya sambil memaklumkan keluarga si pelaku hanya datang menemui mereka selepas enam hari kejadian. Menurut Azera yang bekerja sendiri, anaknya diberi cuti sakit selama dua minggu bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital. Terdahulu Azera berkongsi tentang kecederaan yang dialami anaknya di TikTok sebagai peringatan tentang bahaya bergurau dengan menarik kerusi rakan-rakan di kelas. Luahan kekecewaan seorang ibu turut diceritakan dalam hantaran di TikTok. "Anak saya mewakili sekolah untuk pertandingan nasyid solo. Dia sangat teruja sebab dapat masuk peringkat daerah tapi sekarang terpaksalah berehat sekejap sampai sembuh. "Apa-apa pun nasihat saya adalah semoga guru-guru juga ibu bapa dekat luar sana lebih berwaspada. Selalu ingat mengingati yang gurauan macam ni adalah satu kesalahan berat. "Benda-benda macam ni sangat tak elok sebab boleh membawa padah yang amat buruk kepada mangsa terutama sekali kalau ada sakit macam anak saya," ujar si ibu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube