SETIAP insan pasti tidak terlepas daripada ujian dalam kehidupan. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, pelbagai bentuk rintangan boleh muncul pada masa yang tidak disangka-sangka. Begitulah kisah duka pemuda ini yang berniaga makanan laut mentah apabila dia mengalami kerugian besar kerana tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Melalui satu video tular di TikTok, Mukhriz Md Nasir, 20, berkata stok ikan kembung, udang serta khemah yang disimpan di tapak niaga dicuri individu tidak bertanggungjawab. Bercerita lanjut kepada mStar, Mukhriz berkata akibat insiden itu sahaja, dia mengalami kerugian berjumlah RM800. "Saya berniaga ikan dengan kawan-kawan ni dah setahun. Sebelum ni berniaga di Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah. Tempat tu dekat dengan rumah mak saya. ARTIKEL BERKAITAN: Sayu tengok video peniaga OKU ucap terima kasih kepada pelanggan, pernah dirompak atas kerusi roda - “Berdiri pun tak mampu, macam mana nak kejar” ARTIKEL BERKAITAN: Mamaku melaram kereta baharu! Pemuda buat kejutan hadiah Perodua Axia... Kisah kena rompak RM50,000 terus bakar semangat! "Dua minggu lepas saya berpindah ke tapak niaga baharu di Ambangan Heights, Sungai Petani sebab kini saya duduk dengan kawan-kawan. "Cuma biasalah, orang luar masuk tempat baharu, saya tak tahu yang kawasan ni memang berleluasa dengan kes curi. Ada kes pecah masuk kedai, kerusi dan meja di luar pun boleh kena 'rembat'. "Selepas insiden saya tu, baru orang tempatan datang cerita tentang keadaan tempat ni," jelas Mukhriz yang sering menggunakan platform TikTok untuk mempromosikan gerainya. Saya maafkan dia dan saya halalkan apa yang dia ambil daripada saya. MUKHRIZ MD NASIR PENIAGA IKAN Menurut Mukhriz, segalanya bermula apabila kereta yang biasa digunakan mereka untuk mengangkut barang jualan mengalami kerosakan. "Biasanya saya akan naik kereta ambil bekalan makanan laut daripada pasar borong Alor Setar, Kedah. Saya ambil bekalan waktu petang, jual sikit dan selebihnya dijual pagi keesokan hari. "Tapi waktu hari kejadian, boleh dikatakan ujian bertimpa kerana kereta saya rosak. Jadi sedikit sukar untuk kami angkut makanan laut dan barang-barang lain balik ke rumah, sebab rumah kami tu agak jauh juga. "Kami hanya ada motosikal, barang-barang tu pun boleh tahan berat. Jadi kami tinggalkan saja semuanya di luar untuk semalaman, tutup dengan kain, tak pernah terlintas pula di fikiran ni ada yang sanggup curi makanan laut. Mukhriz dan rakan-rakannya mengusahakan gerai menjual makanan laut. "Dan apabila kami datang semula keesokan pagi, 30 kilogram ikan temenung dan 25 kilogram udang dah lesap, sekali dengan alat penimbang pun kena kebas," kata Mukhriz pasrah. Tambah Mukhriz, dia sempat merakam video kerana pada awalnya mahu menunjukkan rutin harian mereka membuka gerai pada waktu pagi di TikTok, namun tidak menyangka lain pula yang terjadi. Ketika ditanya sama ada dia akan mengambil tindakan undang-undang, Mukhriz berkata dia reda dan menghalalkan segalanya. "Dekat kawasan tu tak ada kamera litar tertutup (CCTV) untuk tengok siapa yang curi, setakat ni masih belum tahu lagi siapa yang buat. Saya pun tak ada la berkeras nak pergi jejak pelaku tu sampai dapat. Mukhriz bersama hasil laut yang pernah dijual di gerainya. "Saya maafkan dia dan saya halalkan apa yang dia ambil dari saya, saya doakan semoga dimurahkan rezekinya. Apabila dah terkena sekali ni, saya akan ambil maklum dan lebih berhati-hati. "Apabila jatuh, saya akan bangun semula sendiri. Setakat ni masih belum ada pempengaruh atau sesiapa datang terjah nak beri bantuan pada saya. "Hari ni juga hari pertama saya buka gerai semula selepas kejadian, tak ada pelanggan yang berpusu-pusu datang. InsyaAllah ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ni," ujar Mukhriz menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube