suria

Syamimia ‘dihukum’ tentera bawang! Hilang ratusan ribu pengikut TikTok gara-gara isu Palestin... Tenang kongsi video bancuh kopi

Syamimia berkongsi video membancuh kopi menerusi 'story' di TikTok.

EKORAN dakwaan tidak sensitif mengenai konflik yang melanda di bumi Gaza, pempengaruh dikenali sebagai Syamimia teruk dikecam netizen.

Rata-rata pengguna di laman sosial mempersoalkan sikapnya yang didakwa enggan berkongsi sebarang hantaran tentang nasib yang menimpa rakyat Palestin ketika ini.

Ternyata impaknya cukup besar apabila sejumlah netizen bertindak untuk tidak mengikuti lagi pempengaruh itu di akaun media sosialnya.

Jika sebelum ini Syamimia mempunyai seramai kira-kira 1.2 juta pengikut di TikTok, namun apa yang mengejutkan apabila jumlah itu merosot sehingga kurang sejuta pengikut.

Syamimia sebelum mempunyai lebih sejuta pengikut di TikTok.

Setakat laporan ini disiarkan pada Rabu malam, jumlah pengikutnya di TikTok menyusut kepada sekitar 980,000 pengikut.

Dalam pada itu, Syamimia sendiri dilihat seperti tidak terkesan dengan perkembangan berkenaan apabila dia sempat berkongsi video bersama keluarga sedang membancuh kopi.

Rata-rata netizen atau dikenali sebagai 'tentera bawang' beranggapan ia sebagai salah satu cara untuk meredakan situasi yang berlaku.

“Tengah healing ke tu?

“Pura-pura macam tak ada apa ke tu?

“Kopi-kopi dulu sempena ‘meraikan’ M (juta) ke K (ribu),” demikian komen netizen.

Segelintir netizen turut menjadikan jumlah pengikut Syamimia yang semakin berkurangan sebagai topik perbualan dalam kalangan mereka.

“Hebat betul kuasa netizen Malaysia ni.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata hilang follower.

“Betul la hidup ni ibarat roda. Kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah,” ujar netizen.

WhatsApp Image 2023-10-18 at 20.25.06_bbef11a0

Jumlah pengikut Syamimia di TikTok setakat Rabu malam.

Terdahulu, Syamimia tampil memberi penjelasan susulan pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Menurut Syamimia, pada masa ini dia hanya mampu berdoa namun tetap berhasrat untuk memberikan sumbangan seperti pempengaruh lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak kacau sesiapa” - Alasan TikToker Syamimia tak kongsi isu Palestin buat orang makin marah

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik menipu fakta, hackers Malaysia godam laman web media Israel! Ganti berita sebenar guna bahasa Inggeris

“Tidak berkongsi bukan bermaksud tidak mengambil tahu, tidak tahu, jahil atau tidak sayang. Kita semua ada rahsia, Tuhan saja yang tahu.

“Sama-samalah perbaiki diri kita, sokong mana yang benar dan sumbangkan doa. Jika ada rezeki lebih, salurkan sumbangan kepada tabung-tabung yang sahih,” ujarnya.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata hilang follower.

NETIZEN

Bagaimanapun, penjelasan Syamimia itu tidak diterima warga maya.

Dia kemudian bertindak memadam video tersebut gara-gara tidak tahan dengan kritikan negatif terhadapnya namun ia dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, pada Selasa.

Antara komen netizen.

Malah, Syamimia turut memuat naik satu lagi hantaran baharu bagi memohon maaf dan pada masa sama berharap orang ramai berhenti mengecamnya.

“Boleh je tegur, saya suka baca dan terima nasihat. Tapi jangan sampai memalukan dan menghina. Tak baik. Saya tak memalukan diri saya sebab saya tahu apa yang saya sebut.

“Video tersebut dipadam bukan kerana saya takut hilang followers, bukan kerana saya ego, bukan kerana saya betul tetapi terlampau banyak hinaan dan memalukan nama saya.

“Saya juga minta maaf sekiranya saya tidak menepati kriteria title pempengaruh yang anda gelarkan pada saya. Terlampau banyak kebencian yang dilemparkan pada saya dan saya harap kita semua dan saya sempat bermaafan. Saya tidak kacau sesiapa,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Syamimia akhirnya membuat perkongsian berkaitan dengan isu yang melanda rakyat Palestin di laman Instagramnya, namun menyahaktifkan ruangan komen bagi hantaran tersebut.

Syamimia sebelum ini mula dikenali ramai kerana didakwa memiliki peti sejuk jenama mewah, meskipun tinggal di kawasan perumah kos rendah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain