suria

Doktor panjat lori tangki urus wanita bersalin di tepi lebuh raya... Berdebar tengok ibu pejam mata, jasad kecil celah kangkang

Dr Aliff berkongsi pengalamannya membantu ibu bersalin di dalam lori.

TULAR di media sosial tentang sekumpulan anggota kesihatan membantu menguruskan wanita yang baru melahirkan anak di dalam sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) .

Momen yang dianggap pengalaman berharga sewaktu 'beraksi' bersama dua jururawat di KM121 menghala ke Kuantan, Pahang itu dikongsikan Dr Aliff Zaki menerusi laman X hingga meraih perhatian ramai.

"Dapat panggilan ada kes nak bersalin dalam lori di lebuhraya Kuantan. Maklumat pasal ibu minimum.

"Sepanjang persiapan di klinik, dua hingga tiga kali semak senarai barang-barang kerana expect for worst," ujarnya.

Antara momen ketika Dr Aliff dan pasukan menguruskan bayi yang baru dilahirkan.

Sewaktu dalam perjalanan menaiki ambulans, Dr Aliff dan pasukannya mula berteka-teki tentang keadaan ibu dan bayi di lokasi.

Setiba di lokasi, kelihatan dua orang pegawai polis trafik sudah mula menjaga lalu lintas dengan keadaan pintu lori terbuka luas.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri baru lepas bersalin buat check-up di bilik doktor, suami tunggu luar angau tengok awek seksi - “Rasa lebih sakit dari beranak”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bawah tempat rahsia suami saja tahu” - Pendakwah lantang pertahan ibu bersalin, label suami dayus biar doktor lelaki tengok aurat

"Nampak di rumput ada pakaian yang berlumuran darah dan najis. Bau tu memang tak disangkal kepekatannya.

"Tanya pasangan (si suami), mana si ibu? Diberitahu ada dalam lori, di tempat duduk belakang jawabnya.

"Memanjat lori bersaiz Optimus Prime (besar)... nampak dua susuk tubuh terbaring. Si ibu pejam mata, dan ada jasad kecil dicelah kangkang. Hati dah berdebar," cerita Dr Aliff lagi.

Si ibu pejam mata, dan ada jasad kecil dicelah kangkang.

DR ALIFF ZAKI

Mendengar sahutannya dan respons sewaktu memanggil si ibu membuatkan hati doktor dan pasukannya kembali lega.

Namun, tumpuan mereka beralih pula kepada si anak yang tidak lagi bergerak.

"Saya pegang kaki bayi, jentik tapak kaki, keluar suara kecil menangis. Hati kembali lega, peluh jantan tak jadi keluar.

"Saya teruskan prosedur potong tali pusat dan lain-lain. Bayi tu saya bungkuskan dengan kain tuala dan bawa keluar daripada lori. Pesakit diambil alih oleh SN (staff nurse) Sue.

"Mencuci darah, periksa tahap koyak dan membersihkan ibu setakat boleh. JM (Jururawat Masyarakat) Azlina tunggu dekat luar untuk keperluan lain-lain," katanya.

Dr Aliff bersama jururawat dan anggota polis trafik berjaya membantu seorang ibu bersalin di LPT.

Selepas tugas membantu di lokasi selesai, ibu bersama anak yang baru dilahirkan dibawa ke dewan bersalin Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh di Pahang untuk rawatan lanjut.

Rata-rata netizen memberikan pujian dan melahirkan rasa kagum kepada doktor dan jururawat yang berjaya menguruskan situasi tersebut.

"Terima kasih atas jasa tuan, puan jururawat dan semua abang trafik yang membantu. Kalian the best.

"Terbaik pasukan kesihatan. Mak bapa tak dapat free toll LPT seumur hidup ke?," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain