suria

Baru nak hulur tangan, pelanggan letak duit atas meja... Pelan-pelan peniaga cucur udang kutip sambil senyum

Tangkap layar memaparkan seorang pelanggan meletakkan duit di atas meja jualan.

BERGELAR seorang peniaga makanan, sudah semestinya mereka biasa berhadapan dengan pelbagai kerenah serta ragam pelanggan.

Ada pelanggan yang cerewet ketika membuat pesanan, ada yang mempertikaikan harga ditetapkan dan macam-macam lagi.

Namun berdasarkan video yang tular baru-baru ini sebagaimana dikongsikan seorang peniaga cucur udang, ia benar-benar membuatkan netizen turut sama 'panas hati' melihat tingkah laku seorang pelanggannya.

Menerusi video berdurasi 1.18 saat yang dimuat naik di laman sosial, peniaga berkenaan didatangi seorang pelanggan wanita yang mahu membeli cucur udang di gerainya.

cucur 2

Peniaga cucur udang berkenaan sedang menyiapkan cucur udang yang dibeli pelanggan tersebut.

"Beli cucur udang tiga biji, tokua (tauhu) sebiji," kedengaran pelanggan wanita berkenaan membuat pesanan.

Peniaga tersebut kemudian memotong cucur udang beserta tauhu goreng yang dipesan dan memasukkannya ke dalam plastik.

Dia kemudian memberitahu harga bagi makanan yang dipesan berjumlah RM10.50 sebelum menyerahkan kepada pelanggan wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Admin’ warung ‘koyak’ dikritik pelanggan, siapa komen negatif diminta jangan datang lagi - “Kami tak layan orang murahan”

ARTIKEL BERKAITAN: Rider biadab campak rezeki, tendang makanan pelanggan... Bengang kena tegur - “Aku ni letak atas alas kaki dalam kereta pun tak pernah”

Bagaimanapun sewaktu menunggu pelanggannya membuat pembayaran, dia dilihat bersedia mahu menghulurkan tangan untuk mengambil duit yang diberikan.

Namun tanpa disangka, pelanggan tersebut bersikap agak kurang beradab apabila sekadar meletakkan duit pada meja kaunter, sebelum peniaga itu 'mengutip' semula wang tersebut.

Tak reti bagi duit elok-elok... nasib baik akak tu tak baling cucur dekat muka hang.

NETIZEN

Kelihatan peniaga tersebut sedikit tergamam namun dia tetap mengukir senyuman dan memulangkan wang baki dengan tutur kata yang sopan.

Video tersebut menjadi tular dan dikongsikan di beberapa platform media sosial, dengan dihujani komen netizen yang mengecam pelanggan wanita berkenaan.

komen cucur

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian video berkenaan.

"Biarpun kamu kaya raya, cerdik, penampilan kemas, pangkat tinggi tapi adab tak ada memang out.

"Adab dia tertinggal dekat rumah kot?

"Ini namanya kurang ajar. Tak reti bagi duit elok-elok. Nasib baik akak tu tak baling cucur dekat muka hang (kamu)," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain