suria

Bukti wak Jawa lelaki setia, daripada muda sampai tua pegang spanar... 3 mekanik ini kongsi petua kekal bertenaga di usia emas

Azam Motor beroperasi di Banting, Selangor. -Gambar Facebook Azam Motor

MENJENGAH ke usia senja, kebanyakan individu yang bekerja memilih untuk berehat dan menghabiskan bersama keluarga.

Tidak kurang juga yang berhadapan masalah kesihatan dan sering berulang alik ke hospital mahupun klinik.

Namun perkongsian seorang pelayar Facebook ini ternyata berbeza membabitkan tiga individu yang masih kuat bekerja meskipun di usia emas.

Malah ketiga-tiganya bekerja sebagai mekanik yang kebiasaannya perlu mengangkat beban berat.

Tiga otai yang masih berkhidmat di Azam Motor dari kiri Wak Ijam, Wak Mus dan Wak Khalid. -Gambar Facebook Azam Motor

Tiga otai yang masih bekerja iaitu (dari kiri) Wak Ijam, Wak Mus dan Wak Khalid. -Gambar Facebook Azam Motor

“Setia dengan spanar walau di usia emas,” katanya menerusi hantaran di Facebook di Azam Motor.

Berkongsi kisah tiga sahabat itu, pengendali akaun berkenaan menyatakan kesemua mereka merupakan ‘orang lama’ yang masih berkhidmat di bengkel tersebut.

“Kami anggap mereka ni panglima perang dan tulang belakang team Azam Motor.

“Pada ketika kami melalui saat-saat sukar dan ingin bangkit, mereka masih teguh di belakang untuk bangkit bersama-sama,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rindu... hari-hari lupa tempat punch card” - Uncle umur 87 tahun nak bersara, staf lain terpaksa lepaskan sebab nak suruh rehat di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘spill the tea’ terseksa kerja di restoran, 12 jam dibayar RM35! Bos bagi makan lauk ayam sahaja, menu lain kena bayar

Bukan sahaja mengimbau kisah permulaan tiga individu tersebut, amalan yang dilakukan seharian juga turut didedahkan.

Mana tidaknya, mereka masih lagi kental bergelar seorang mekanik walau kebanyakan individu di usia sama sudah tidak gagah untuk bergerak selain mengharapkan perhatian anak-anak mahupun cucu.

“Wak Mus yang merupakan pakar di bahagian cat, aktif maraton... 45km dia redah selamba tak padan dengan usia 64 tahun.

“Antara amalan dia adalah aktif dalam menjaga masjid dan orang yang selalu menguruskan jenazah jika berlaku kematian.

Orang Jawa memang setia, susah senang bersama... semoga mereka diberikan kesihatan yang baik.

WARGA MAYA

“Wak Ijam pula pakar di bahagian welding. Menginjak ke usia emas dan sekarang berusia 53 tahun. Nampak macam garang tapi seorang yang suka memasak dan jamu orang makan,” katanya.

Seorang lagi mekanik yang dikenali sebagai Wak Khalid merupakan individu yang mahir dalam bahagian penghawa dingin dan pendawaian.

“Sekarang berusia 66 tahun tapi otak macam orang muda. Antara amalannya adalah selalu puasa Isnin dan khamis serta solat sunat Dhuha lapan rakaat,” tambahnya.

Dalam pada itu, Azam Motor mendoakan ketiga-tiga individu tersebut dikurniakan kesihatan berpanjangan.

Kebanyakan warga maya turut mendoakan ketiga-tiga otai tersebut.

Kebanyakan warga maya turut mendoakan ketiga-tiga otai tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan warga maya terhadap ketiga-tiga individu tersebut.

Rata-ratanya menyatakan orang yang berketurunan Jawa sememangnya mempunyai tenaga yang luar biasa dan setiap.

Tidak kurang juga yang menyatakan kepakaran tersebut tidak boleh ditukar ganti.

“Orang Jawa memang setia, susah senang bersama. Semoga mereka diberikan kesihatan yang baik.

“Semua ada kelebihan masing-masing. Semoga Allah beri kesihatan yang baik kepada mereka.

“Yang penting kepakaran mereka... bukan mudah nak peroleh kepakaran begini.

“Usia bukan penghalang, yang penting pengalaman dan ilmu. Terbaik wak wak semua,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain