KITA pasti sudah biasa mendengar ungkapan kebersihan adalah lambang keperibadian seseorang. Malah agama Islam sendiri menggalakkan umatnya menjaga kebersihan kerana ia adalah sebahagian daripada iman. Sama seperti adab, amalan menjaga kebersihan sewajarnya diterapkan sejak anak-anak masih kecil, ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sama ada kaya atau miskin, pendek kata status ekonomi keluarga tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak mengamalkan kebersihan terutamanya apabila melibatkan tempat tinggal. Kaum lelaki juga sebenarnya tidak terkecuali membantu untuk melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan Terpanggil untuk membuat perkongsian mengenai perkara tersebut, seorang individu yang dikenali sebagai Ahmad Nazrul berkongsi cara didikan yang diterapkan kedua ibu bapanya sejak dia dan adik beradik lain masih kecil. "Miskin bukan syarat untuk jadi pengotor. Aku tak kisah berurusan dengan orang miskin sebab aku pun bukan orang kaya raya. Tapi aku tak selesa berurusan dengan orang pengotor. "Yang menjadikan alasan miskin untuk jadi pengotor dan juga pemalas. Aku dulu masa kecil kalau tak jemur tuala elok-elok memang ke tong sampah la tuala tu. Tuala jemur tak boleh senget-senget. "Kain selimut wajib lipat setiap pagi. Cadar katil wajib kemas setiap pagi. Baju kotor wajib letak dalam bakul. Sejadah wajib lipat lepas guna. Selipar dan kasut wajib susun elok-elok. "Halaman rumah wajib sapu setiap hari. Dalaman rumah wajib vakum setiap hujung minggu. Kawasan parking kereta sapu setiap hari," kongsinya mengenai disiplin yang diajar oleh orang tuanya sejak kecil. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya geli, faham tak?” - Wanita menyesal kahwin! Suaminya pengotor... kencing ‘bersepah’, kahak dalam sinki ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kemas, wangi... suami tertipu, dah kahwin baru tahu isteri cantik pengotor teruk - “Pad berdarah dia, aku ajar cuci bersih” Bukan hanya disiplin, malah dia dan adik beradiknya turut diajar untuk melakukan kerja rumah yang ringkas tanpa mengira jantina, memandangkan mereka bukanlah keluarga berada yang mampu mengambil orang gaji. "Tandas wajib berus setiap hujung minggu. Dari lantai, mangkuk tandas, sinki dan juga siling. Rumah aku ada tujuh bilik dan tujuh bilik air. "Tak akan jumpa tahi cicak atas lantai. Tak akan jumpa lantai tandas yang berkerak. Tak akan jumpa mangkuk tandas yang kuning dan berbau. "Pakaian basuh dan jemur sendiri. Baju sekolah gosok sendiri. Lepas makan wajib basuh pinggan sendiri, wajib kemas meja makan. Lepas masak wajib kemas dapur, lap dan cuci semua peralatan. Didikan melakukan kerja rumah wajar diterapkan sejak kecil. -Gambar hiasan "Sebelum tidur sinki wajib kosong. Sebelum Maghrib wajib buang semua sampah sisa makanan dari rumah," tambahnya. Ujarnya lagi, didikan tersebut bukanlah bermula daripada ibu bapanya, malah diterapkan sejak generasi datuk dan neneknya lagi. "Alhamdulillah kekal hingga ke hari ini dan aku didik pula anak aku dengan didikan tersebut. Kebersihan sebahagian daripada iman. Daripada rumah yang bersih kita boleh tahu bagaimana cara tuan rumah punya personal karekter dan cara dia membina keluarganya. NETIZEN "Memang rasa tak selesa bila tak bersih. Ada orang suka hidup dalam rumah yang berselerak. Mungkin selesa begitu atau dah susah nak ubah perkara tu. Tapi tak bagi keluarga aku. "Sekarang adik beradik aku semua dah berumah tangga dan ada rumah sendiri. Mak ayah kami selalu datang buat pemeriksaan mengejut dekat rumah kami semua dan pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih," kongsinya. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 8,300 shares di Facebook selain dibanjiri dengan ribuan komen netizen. Rata-ratanya melahirkan pandangan yang senada selain turut berkongsi pendekatan didikan keluarga masing-masing sebagai teladan bersama. Antara komen netizen terhadap perkongsian lelaki tersebut. "Betul, rumahku syurgaku. Daripada rumah yang bersih kita boleh tahu bagaimana cara tuan rumah punya personal karekter dan cara dia membina keluarganya. Didikan dari rumah itulah awalnya asas sahsiah diri yang baik. "Saya pun didik anak-anak macam tu. Moga anak-anak belajar jadi pembersih. Kita sendiri pun kalau rumah sepah-sepah auto sakit kepala. "Arwah mak abah selalu pesan biar pakaian buruk janji bersih... biar rumah buruk janji bersih," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube