DALAM pada kita berdepan dengan krisis kenaikan harga barang, sikap jujur yang ditunjukkan oleh seorang pakcik mendapat pujian ramai. Ceritanya bermula apabila pakcik ini meletakkan seketika motosikalnya di hadapan sebuah kedai serbaneka untuk membeli barang. Kemudian seorang TikToker, Ahbeeletsgo atau lebih dikenali sebagai Ah Bee membuat satu eksperimen sosial dengan meletakkan sebungkus plastik makanan dan sekotak telur di dalam bakul motosikalnya. Ah Bee meletakkan makanan di dalam bakul motosikal seorang pakcik. Selepas pakcik itu keluar dari kedai, dia kelihatan terpinga-pinga melihat barang-barang di dalam bakul motosikalnya. Jelas riak wajahnya nampak hairan, tertanya-tanya siapakah yang meletakkan barang tersebut. "Mungkin dia fikir itu barang orang lain. Terharu kejap dengan kejujuran," kata Ah Bee menerusi ruangan kapsyen. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan lupa bawa dompet, juruwang ini terus nak belanja... Rupanya ‘terkena’ eksperimen sosial, dia pula dapat ‘wang besar’ ARTIKEL BERKAITAN: Curi-curi rakam video eksperimen sosial, YouTuber terkedu jumpa semula pakcik bantu sikat rambut... kata-kata pemandu bas itu memang tak dijangka Dia bagaimanapun tidak mengalihkan barang itu yang bukan miliknya sebaliknya berborak dengan seorang lagi individu yang berada di sebelahnya. Selepas 10 minit berlalu, TikToker ini muncul dan menghampiri pakcik itu yang masih setia berada dekat motosikalnya. "Saya terpaksa keluar untuk jelaskan semuanya," ujarnya yang tidak tahan lagi menahan sebak terharu dengan kemuliaan ditunjukkan pakcik itu. Ah Bee memberikan barang tersebut sebagai hadiah kepada pakcik itu. Sebelum meninggalkan pakcik itu, Ah Bee memberitahunya bahawa barang-barang tersebut merupakan hadiah yang diberikan ikhlas untuknya. Sebagaimana dirakamkan, kelihatan lelaki sudah lanjut usia ini mengangguk kepala beberapa kali sambil tersenyum sebagai tanda menghargai pemberian itu. Jika diteliti di ruangan komen, netizen turut menyatakan rasa sebak dan kagum dengan sikap lelaki ini yang tidak mengambil barang yang bukan hak atau miliknya. Nasib keluar balik beritahu, kalau tak kasihan pakcik ni tercari-cari siapa punya. NETIZEN "Ajaran Islam memang melarang mengambil barang bukan milik kita walau macam mana sekali pun. "Nasib keluar balik beritahu, kalau tak kasihan pakcik ni tercari-cari siapa punya. Tersilap ke apa. "Bab makan nak masuk perut memang kena jaga. Sebab kalau benda tu tiba-tiba memang tak berani makan melainkan orang beritahu (beri keizinan)," komen netizen. Komen netizen pada video. Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang simpati terhadap pakcik ini yang terpaksa menunggu lama sebelum Ah bee muncul menyatakan tentang eksperimen sosialnya. Jelas Ah Bee, dia mengambil maklum komen-komen warganet mengenai aktiviti eksperimen sosial dan kebajikannya serta berjanji akan memperbaiki kelemahan pada masa akan datang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube