SUDAH menjadi adat atau kelaziman sesebuah majlis perkahwinan, tetamu yang diundang akan memberikan sampul berisi wang atau 'angpau' kepada tuan rumah sebagai sagu hati. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, tiada nilai khusus ditetapkan untuk diberikan kepada mempelai atau tuan rumah. Namun lazimnya tetamu mempunyai 'common sense' untuk menetapkan sendiri nilai wang tunai yang mahu diberikan, mengambil kira beberapa faktor seperti bilangan ahli keluarga yang dibawa ke majlis tersebut. Bagi adat pemberian angpau dalam kaum Cina pula, seorang pencipta kandungan (content creator) yang dikenali sebagai Joseph Lee berkongsi pandangannya mengenai nilai yang wajar diberikan kepada tuan rumah. Menurut Joseph, nilai yang dicadangkannya itu bergantung kepada lokasi majlis diadakan dan kadar yang relevan bagi tahun 2023. Lokasi bagi majlis perkahwinan bergantung kepada bajet masing-masing. -Gambar hiasan "Hari ini saya akan mengajar anda berapa banyak wang angpau yang anda patut berikan semasa perkahwinan masyarakat Cina. "Jika perkahwinan di **** atau **** (hotel 5 bintang), anda perlu faham bahawa pasangan ini tidak makan nasi ayam di kopitiam, mereka makan di hotel 5 bintang. "Jadi angpau yang anda patut berikan ialah RM500 ke atas. ARTIKEL BERKAITAN: Nak beristeri, sila simpan duit! Pemuda dedah buat loan untuk kahwin ‘pantang’ dalam masyarakat Cina ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin mualaf bersanding selepas 5 tahun kahwin, kecoh majlis mak membebel depan keluarga mentua - “Dulu kami tak bertegur” "Seterusnya, jika pasangan memutuskan untuk meraikan perkahwinan mereka di restoran Cina, maka anda perlu memahami bahawa pasangan itu tidak berada di sana untuk meraikan perkahwinan mereka. "Pasangan ini ada kerana mereka mahu pulangan pelaburan mereka kembali. Mereka ada untuk perniagaan. Sebab kenapa? Perkahwinan di restoran Cina biasanya ringkas tetapi makanannya sangat sedap. Jadi kadar angpau antara RM200 hingga RM300," katanya menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok. Tambahnya, jika pasangan meraikan perkahwinan mereka di hotel 3 bintang atau 4 bintang pula, tetamu wajar memberikan angpau bernilai RM300 hingga RM400. Saya tak kisah pasal hotel 5 bintang... jika saya dijemput, saya akan beri nilai yang saya mahukan. NETIZEN "Mereka sebenarnya tidak mahu meraikannya. (Tapi) ibu bapa mereka berkata jika tidak meraikannya, maka dia akan gagal sebagai ibu bapa. "Anda memberi wang bukan kerana untuk memberkati perkahwinan mereka, anda memberi mereka wang kerana mereka memerlukan terapi untuk trauma zaman kanak-kanak. Itu sahaja," katanya lagi. Sehingga kini video tersebut meraih lebih 124,000 jumlah tontonan di TikTok. Menjengah ruangan komen pula, netizen memberikan pelbagai reaksi dengan rata-ratanya melontarkan pandangan masing-masing mengenai nilai yang diberikan. Netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap perkongsian video berkenaan. "Kalau saya beri RM50 angpau adakah mereka akan halau saya keluar? "Saya tak kisah pasal hotel 5 bintang... jika saya dijemput, saya akan beri nilai yang saya mahukan. "Kamu memang pemurah. Angpau adalah untuk bantu kos, bukannya membayar keseluruhan kos atau beri pasangan itu keuntungan. "Jangan jemput saya sebab saya tak kaya... jemputlah orang lain,"demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube