suria

Murid ditangkap bawa jajan, lepas siasat jumpa 3 kesalahan berat! Ustaz hurai sebab madrasah larang keras ambil makanan ringan

Makanan ringan memberi kesan kepada perkembangan minda serta tingkah laku kanak-kanak. -Gambar hiasan

KANAK-KANAK dengan makanan ringan atau jajan sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Mungkin ramai yang masih memandang remeh, namun pengambilan jajan yang kerap bukan hanya akan memudaratkan kesihatan kanak-kanak, malah boleh mempengaruhi emosi, tingkah laku dan juga IQ mereka.

Ketika banyak kajian menunjukkan impak negatif pengambilan jajan terhadap kanak-kanak, namun segelintir ibu bapa dilihat tidak cakna dan tegas berkaitan pemakanan anak-anak.

Terpanggil untuk meluahkan kebimbangannya mengenai perkara tersebut, seorang tenaga pengajar di sebuah akademi berasaskan madrasah dan montessori, Abu Hannah, berkongsi coretannya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dia turut berkongsi satu kisah membabitkan seorang pelajarnya yang kantoi menyeludup jajan, baru-baru ini.

budak jajan

Makanan ringan berpotensi membuatkan tingkah laku kanak-kanak lebih hyper dan lewat tidur. -Gambar hiasan

"Apabila dapat tangkap, aku tanya dia, mak ayah maklum tak tentang benda ni? Duit digunakan untuk beli jajan. Dia kata mak ayah dia yang bagi izin.

"Aku terus call mak ayah dia masa tu juga untuk dapatkan kepastian. Dan mak ayah dia nafikan. Jadi aku kata aku cuma nak penjelasan dan aku nyatakan yang anak dia yang sebut benda ni.

"Kesalahan pertama makan jajan. Kesalahan kedua menipu guru. Kesalahan ketiga menuduh ibu bapa. Nampak tak kesan jajan?" kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ralit dengar aunty Cina cerita cara didik anak, rupanya tak perlu tegas sangat... Paling penting ibu bapa jangan ego minta maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu lepas geram, bebel ibu tak didik anak dari rumah... Datang sekolah asyik menangis - “Masalahnya tiada kesedaran nak belajar”

Menurut Abu Hannah, akademi di tempatnya mengajar sememangnya menetapkan peraturan yang melarang para pelajar membawa atau memakan jajan.

Malah ibu bapa turut akan diberikan surat amaran sekiranya 'bersubahat' dalam perkara tersebut.

"Kesalahan berulang akan akibatkan pelajar digantung seminggu. Kenapa? Sebab apabila dia makan jajan, dia hyper. Dia akan beri pengaruh dan kesan pada kawan-kawan dalam kawanan dia.

"Dia akan kacau ekosistem pelajar lain dalam sekolah. Sama ada hyper dia kacau pelajar atau dia ajak pelajar makan jajan sama macam dia.

"Dekat sini Allah bagi makan benda halal dan toyyib. Ada nur. Dia tak boleh bercampur dengan bahan syubhah dalam badan. Nanti dia jadi caca marba.

"Pelajar sukar ikut arahan. Belajar pun lambat hadam. Amalan pun jadi berat dan liat. Ini syarat nombor satu (masuk akademi)," hurainya panjang lebar.

Bagusnya guru tegas bab pemakanan... semua beri kesan kepada kesihatan dan pembelajaran tanpa sedar.

NETIZEN

Berkongsi dengan lebih lanjut, ujarnya tidak hanya akademi yang memainkan peranan bersabit soal tersebut, apa yang lebih penting adalah ia sewajarnya mendapat kerjasama daripada ibu bapa.

"Syaitan selalu je bisik bagi mak ayah rasa bersalah kalau anak nak makan jajan. Tak bagi nanti dia sedih.

"Hati-hati dalam hal kecil dan bisikan iblis. Sebab benda ni je anak jadi menipu. Jadi tak hormat dan kesannya ambil masa nak hilang.

"Sebab itu kadang yang spoil anak bukan kawan sekolah. Semuanya mula dari rumah. Sama-sama muhasabah. Kalau masih rasa 'jajan je pun'. Maka teruskanlah...," akhirinya.

komen jajan

Sebahagian daripada komen netizen yang turut sependapat.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,600 shares di Facebook selain dibanjiri komen netizen yang turut sependapat dengan guru tersebut.

"Ujian nafsu bagi anak-anak. InsyaAllah, dapat lepas ujian ni maka cantiklah hasilnya kemudian.

"Bagusnya guru tegas bab pemakanan. Sangat-sangat sokong... semua beri kesan kepada kesihatan dan pembelajaran tanpa sedar.

"Bagus cikgu... setiap perkara ada penjelasan detail," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain