suria

“Padan muka kau kena kutip!” - Disangka peragut, tangan pelanggan ditepis... Wanita geram tiada adab ambil sudu atas meja

Ramai yang terlupa soal adab sebelum mengambil sudu garfu di atas meja. -Gambar hiasan

ADAB dan akhlak yang baik penting dalam hubungan sesama insan.

Jika perilaku seseorang itu menggores hati, ia boleh membawa kepada pertelingkahan.

Melalui satu hantaran di Facebook, seorang wanita melahirkan rasa geram tatkala mengenang kejadian ketika dia sedang makan di sebuah restoran.

Medan selera adalah tempat orang ramai menjamu selera. -Gambar hiasan The Star

Menurutnya, seorang pelanggan secara mengejut mengambil sudu dan garfu daripada bekas di atas mejanya.

"Sebenarnya saya nak tegur sikap orang yang biadab... adab ni mudah je sebenarnya. Kalau nak ambil sudu atau garfu atas meja orang, minta la, bukan susah pun.

"Ini kau main ambil je depan aku, sampai aku terkejut. Nasib baik aku tak ketuk kepala kau terus, tapi tangan kau kena tepis la juga tadi kan. Sampai tercampak sudu dan garfu atas lantai.

ARTIKEL BERKAITAN: Ragam kedai dobi... Lelaki B40 geram pelanggan T20 tak malu curi pelembut pakaian, siap habiskan sebotol! - “Sebulan wangi baju kau”

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai serbaneka mohon maaf tampal notis ‘hanya OKU tak buang lepas makan’ - “Harap mereka pergi belajar adab”

"Sebab aku ingat kau nak ambil telefon aku, padan muka kau kena kutip semula sudu garfu tu," imbas wanita itu akan insiden tersebut.

Di kesempatan itu, wanita tersebut juga sempat menegur tentang tatasusila pelanggan ketika bertandang ke restoran.

"Bercakap tentang sudu dan garfu di kedai, kita kena sedar, ia bukan milik kita. Ia adalah kepunyaan tuan kedai yang memberikan perkhidmatan tambahan (add-on).

Boleh terkejut kalau ada pergerakan yang tiba-tiba ni, lagi-lagi yang senang melatah tu.

WARGA MAYA

"Sama juga seperti tisu, televisyen, WiFi dan sebagainya. Sentiasa beringat, kita cuma bayar harga makanan je, Itulah akad apabila kita berjual beli di restoran, jadi jangan banyak cerewet nak minta kedai ada itu ini.

"Misalnya kalau kita bungkus makanan, tak akan la kita nak ambil sekali sudu dan garfu besi di kedai tu. Maka atas budi bicara peniaga, mereka bagi kita sudu plastik, syukur.

"Sama juga dengan rumah inap atau hotel, kena ingat tuala dan sabun semua tu adalah perkhidmatan add-on atau komplimentari," jelasnya.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsi perspektif yang sama dalam hal itu.

"Memang boleh terkejut kalau tiba-tiba orang datang ambil bekas sudu garfu tu. Sebab trauma arwah ayah saya letak telefon atas meja, sekali ada orang samun telefon tu.

"Senang cerita... orang sekarang ni memang tak ada adab. Contoh nak ambil tisu di majlis kahwin, walaupun bukan kepunyaan orang yang duduk di meja tu, sekurang-kurangnya tanya la minta izin, jangan main terjah je.

"Kalau nak ambil kerusi pun, minta la izin sekurang-kurangnya daripada orang yang duduk dekat sebelah. Boleh terkejut kalau ada pergerakan yang tiba-tiba ni, lagi-lagi yang senang melatah tu," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain