PERHIMPUNAN solidariti untuk Palestin secara maya dalam platform permainan video, Roblox menjadi fenomena. Lebih mengagumkan apabila pelajar tingkatan tiga dari Muar, Johor yang 'membina' Dataran Tanjung Mas versi digital itu untuk peserta berhimpun dalam Roblox. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dataran Tanjung Mas yang mana dalam dunia realiti terletak di Muar itu dilihat disusun atur dengan deretan bendera Palestin dan beberapa kain rentang yang menyatakan sokongan kepada saudara Islam di sana. Perhimpunan maya itu mendapat perhatian komuniti sejagat yang terpesona dengan kebijaksanaan dan semangat kemanusiaan dalam kalangan golongan muda. Cikgu Zyd mengetuai bacaan doa melalui penstriman live. Seorang guru sekolah yang merupakan penganjur program tersebut sempat berkongsi tentang ‘demonstrasi’ itu dalam satu sesi temu bual bersama stesen radio tempatan. Senang disapa Cikgu Zyd, dia memaklumkan perhimpunan maya itu bukan kali pertama dijayakan. ARTIKEL BERKAITAN: Laungan Allahuakbar bergema di Axiata Arena... Rakyat pelbagai kaum tunjuk kemarahan terhadap Israel ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia nyata pendirian, sedia sokong negara Timur Tengah pertahan hak rakyat Palestin "Sebenarnya kami dah biasa buat event seperti ini sebelum ni, contohnya sambutan Maulidur Rasul. Jadi apabila berlakunya penindasan rejim Israel ke atas rakyat Palestin, kami pun tergerak untuk buat perhimpunan sama di Roblox. "Yang join biasanya daripada komuniti kami sendiri iaitu komuniti gaming dan streaming, cuma lepas viral itu hari yang ramai sertai termasuk mereka yang bukan berada dalam komuniti Roblox. "Kalau nak jayakan event dalam Roblox ni kena ada team dan ramai orang sebab ia adalah satu game sosial," jelas Cikgu Zyd. Berjihad tanpa batasan, tak perlu ke jalanan pun, cukup kita takluk Dataran Tanjung Mas dalam Roblox, terbaik Cikgu Zyd. WARGA MAYA Cikgu Zyd seterusnya menyentuh tentang proses untuk membuat peta atau map di dalam Roblox sebagai tempat untuk semua berhimpun. "Proses yang agak lama ialah untuk buat map, dalam seminggu juga. Kalau paling cepat pun, map boleh siap dalam masa tiga hari. Kita bincang terus dekat dalam Roblox flow program tu macam mana. "Tempat kami berhimpun tu, Dataran Tanjung Mas, akan dibuka apabila saya live streaming. Seperti kita tahu budak-budak tak dibenarkan join perhimpunan awam di luar, jadi ini adalah salah satu effort kita. "Salah satu cara untuk kita sebarkan kesedaran tentang Palestin kepada anak-anak muda kita," ujar Cikgu Zyd. Sebahagian komen warga maya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui teruja dengan konsep yang diketengahkan Cikgu Zyd. "Saya biasa letak peraturan untuk anak saya, hari sekolah tak boleh main game tapi petang ni saya bagi pelepasan sebab dia cakap nak join perhimpunan Palestin dengan Cikgu Zyd. "Berjihad tanpa batasan, tak perlu ke jalanan pun, cukup kita takluk Dataran Tanjung Mas dalam Roblox, terbaik Cikgu Zyd. "Patut la anak aku tujuh tahun dia cakap semangat nak masuk Roblox, katanya ada perhimpunan khas, inilah dia rupanya," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube