SETIAP manusia tidak dapat lari daripada membuat kesilapan. Antara kesilapan besar seorang manusia dalam kehidupan ini adalah terlanjur berhubungan intim sehingga hamil anak luar nikah. Kehamilan tanpa pernikahan pasti memalukan, namun sisi agama menegah sekeras-kerasnya pengguguran kandungan yang dianggap sebagai satu pembunuhan. Pastinya menjadi impian setiap ibu bapa untuk menimang cahaya mata. -Gambar hiasan Melalui satu luahan tanpa nama di X, seorang lelaki sedar akan kesilapan yang dibuat dan bersedia untuk bertanggungjawab ketika pasangannya yang belum dikahwini sedang sarat mengandung. Lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk menyerahkan anaknya kepada ibu bapa angkat kerana mengakui dia masih belum berkemampuan untuk membina sebuah keluarga. Walaupun begitu, lelaki tersebut mempunyai satu permintaan khusus iaitu dia mahu terus berhubung dengan anaknya ketika berada di bawah jagaan ibu bapa angkat. ARTIKEL BERKAITAN: “Baby dah keluar, dia tak nak bertanggungjawab” - Wanita merana berpantang sendirian, kekasih janji nak kahwin menghilang ARTIKEL BERKAITAN: Guru tak kuat lihat pelajar dapat berita hilang ibu! Tak terucap kata-kata semangat, ‘sakit’ hilang ayah masih berbekas "Teman wanita saya mengandung dan kami belum berkahwin. Kandungan tu dah tujuh bulan. Kami nak cari ibu bapa angkat untuk anak ni. "Tapi kalau boleh, kami nak jaga dulu anak ni selama dua minggu sebelum diserahkan kepada ibu bapa angkat. Dan selepas itu pun, kami harap kami dapat terus berhubung dengan anak tu. "Tidak diputuskan hubungan dia dengan ibu bapa kandungnya. Kami dah tawarkan kepada tiga ibu bapa angkat sebelum ni tapi mereka tak setuju dengan syarat kami. Kalau betul nak jaga air muka, serahkan anak tu dekat ibu bapa angkat, kemudian tutup buku lama, buka buku baharu. WARGA MAYA "Kalau ada ibu bapa angkat yang baik hati nak ambil anak kami dan bersetuju untuk tidak putuskan hubungan dengan ibu bapa kandungnya, boleh reply hantaran ni, kami akan hubungi," katanya Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menjelaskan mengapa syarat atau permintaan lelaki tersebut sukar untuk dipenuhi oleh bakal ibu bapa angkat di luar sana. "Banyak kes dah sebenarnya ibu bapa kandung dok jadi lintah sedut songlap harta ibu bapa angkat, kalau tak bagi apa yang diminta, ugut nak ambil semula anak tu, huru-hara nanti. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Kalau dah tahu tak mampu, bagi je terus, kalau betul nak, bela je anak tu. Lagi satu, benda ni boleh mengganggu emosi anak di awal usianya, budak kecil ambil masa nak faham konsep ibu bapa angkat dan anak tak sah taraf ni. "Biarlah anak tu ada seorang penjaga je, kalau sampai dah ada dua parents, nanti payah nak bincang soal keturunan dan urusan wali kalau itu anak perempuan. "Kalau betul nak jaga air muka, serahkan anak tu dekat ibu bapa angkat, kemudian tutup buku lama, buka buku baharu. Kalau masih sayang, terus terang nak kahwin sebab mengandung," demikian komen sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube