GUGUR air mata seorang anak sejurus melihat gambar arwah bapa pada hari graduasinya di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Ahad.. Menurut kakaknya, Sayyidatun Nadia Syakila Samsul Bahari, 27, rancangan itu dibuat bagi memenuhi hasrat arwah bapa yang mahu meraikan kejayaan adiknya. Ketika dihubungi mStar, Sayyidatun Nadia Syakila berkata dia mendapat idea untuk membuat kejutan itu kerana adiknya, Sayyidatun Mawaddah begitu manja dan rapat dengan arwah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Tahun lepas, baba (panggilan bapa) ada janji nak datang konvokesyen adik perempuan bongsu kami ni tapi tak kesampaian. Baba meninggal secara mengejut pada Oktober tahun lalu. "Adik selalu sebut 'kalaulah arwah baba ada mesti dia orang paling gembira' sebab dia (adik) akhirnya habis juga belajar walaupun selalu kena 'push'. Dulu baba yang selalu bagi nasihat supaya terus berusaha walaupun susah. "Nak tak nak, adik memang bersusah payah belajar demi penuhi impian baba. Jadi bila dia selalu sedih cakap fasal ni, saya pun tempahlah bingkai gambar arwah supaya dia rasa macam baba ada bersama," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Graduan kelas pertama menangis, selepas gadai gelang beli laptop arwah ibu ‘mungkir janji’ tak hadir konvo - “Lagi ayah pujuk, lagi teruk” ARTIKEL BERKAITAN: Anak teringin sangat nak konvo tapi ‘pergi’ dulu, mak ayah menggigil ambil transkrip! Tak sangka ada kekuatan naik pentas Sebagaimana dapat dilihat dalam rakaman, adiknya jelas tidak dapat menahan air mata setelah membuka kertas pembalut bingkai gambar itu. Mesra disapa Nadia, dia yang berasal dari Tumpat Kelantan berkata adiknya yang dipanggil Mawaddah itu sangat terkejut kerana tidak menyangka langsung akan menerima kejutan seperti itu. Keluarga Nadia hadir ketika hari konvokesyen di Universiti Malaysia Pahang. Nadia yang merupakan anak keempat daripada lapan adik beradik berkata bapanya, Samsul Bahari Kadir meninggal dunia pada usia 58 tahun dan menghidap sakit kencing manis serta darah tinggi. "Sebagai kakak mestilah akan sedih kalau adik bersedih. Jadi saya cuba juga sebaik mungkin buat sesuatu yang membuatkan dia rasa kehadiran baba di majlis konvokesyen walaupun hanya dengan sekeping gambar. "Baba pun dulu selalu sebut nak tengok anak perempuan bongsu dia ni naik pentas terima sijil. Kami pula memang semua rapat dengan baba jadi memang faham sangat kesedihan adik masa tu, apatah lagi bila tengok graduan lain yang diraikan bapa. Baba pun dulu selalu sebut nak tengok anak perempuan bongsu dia ni naik pentas terima sijil. NADIA SYAKILA KAKAK MAWADDAH "Paling sedih baba meninggal masa dia tengah dalam keadaan sihat (baik). Sebab tu kami satu keluarga tak sangka dan tak bersedia untuk kehilangannya," imbasnya. Untuk rekod, video dikongsikan oleh Nadia turut meraih perhatian ramai setelah dimuat naik di TikTok. Mawaddah (tengah) merupakan anak bongsu perempuan dalam keluarga. Rata-ratanya turut meluahkan rasa sedih apabila melihat graduan jurusan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini menangis teresak-esak sambil mencium foto arwah bapa yang dirindui. Dalam kesempatan itu, Nadia menitipkan pesanan dan doa agar adiknya meneruskan kerjayanya dalam bidang yang bakal diceburi sebagaimana impian arwah terhadapnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube