suria

Kereta selamat, tak diusik walau kunci tergantung di pintu... Wanita tertanya-tanya apa amalan baik pemilik

Seorang wanita membantu pemilik kereta yang tertinggal kunci di luar.

BERLAKU jujur dalam apa jua situasi merupakan satu sifat yang mulia.

Lebih-lebih lagi ketika situasi di mana peluang terbuka luas untuk seseorang itu mengambil kesempatan atau tidak berlaku jujur.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita berkongsikan kisah dia terlihat sebuah kereta dengan kunci tertinggal di bahagian luar pintunya.

Seorang wanita cuba mencari pemilik yang tertinggal kunci di bahagian luar keretanya.

Kejadian dikatakan berlaku di lot parkir restoran makanan segera McDonald's dan pemilik kereta dipercayai sedang tergesa-gesa sehingga tidak menyedari kunci masih tergantung pada slotnya di bahagian pintu.

Menurut wanita itu, aturan tuhan adalah sangat 'cantik' apabila tiada sesiapa yang berniat jahat walaupun menyedari adanya kunci tersebut.

"Apa amalan owner kereta sebelah ni ya, Alhamdulillah masih ada rezeki dia. Tadi saya undur balik kereta, tengok kereta sebelah tertinggal kunci dekat luar dan kereta pun tak berkunci.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik BMW baik hati ‘dianiaya’ mat motor! Setuju ‘settle tepi’ selepas kemalangan, tiba-tiba dapat surat lawyer

ARTIKEL BERKAITAN: Murid pakai kasut terkopak ceria ditegur guru! Jujur beritahu kena gam dulu sementara tunggu ayah gaji

"Kejadian waktu puncak, pukul 10 malam macam tu, ramai tengah keluar masuk McD. Tak dapat dibayangkan kalau orang tak sepatutnya yang jumpa, Nauzubillah.

"Saya masuk semula ke dalam McD dan serahkan kepada pengurus yang bertugas untuk tolong cari pemiliknya," imbas wanita itu mengenai kejadian tersebut.

Mengulas lanjut di ruangan kapsyen, wanita itu berkata ditemukan dengan mereka yang baik hati juga merupakan satu rezeki dalam kehidupan.

Semoga dimurahkan rezeki akak sebab tolong, mesti pemilik kereta tu lega apabila tahu apa yang terjadi.

WARGA MAYA

"Mungkin ada hikmah Allah detikkan saya ke sini malam ni. Kita bantu orang, Allah bantu kita. Moga kita sentiasa dilindungi dari anasir yang tak baik, diberikan rezeki berjumpa orang baik-baik.

"Dan diaturkan dengan perkara yang baik-baik," katanya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut menceritakan kisah yang serupa.

Sebahagian komen warga maya.

"Saya pernah tunggu dekat satu kereta ni 30 minit sebab nampak pintu kereta dia tak tutup rapat dan tak berkunci. Pemilik pun datang selepas tu, tiga orang, semuanya perempuan.

"Saya juga boleh jadi macam kereta ni, sebab saya jenis pelupa, selalu tertinggal kunci dekat motosikal. Alhamdulillah nasib baik Allah jaga.

"Pernah jadi, kunci letak atas tingkap kereta, tak perasan terus jalan. Tengah perjalanan baru ingat pasal kunci tertinggal dekat atas.

"Semoga dimurahkan rezeki akak sebab tolong, mesti pemilik kereta tu lega apabila tahu apa yang terjadi," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain