suria

Anak terasa hati mak perlekeh hadiah Axia, termakan cakap makcik bawang ‘patut jadi kereta kedua je!’

Seorang anak kecewa selepas ibunya didakwa memperkecilkan kereta yang dibeli. -Gambar hiasan

DEMI membalas jasa ibu bapa, ada dalam kalangan anak-anak yang sanggup mengenepikan keperluan peribadi asalkan dapat membahagiakan orang tua terlebih dahulu.

Ketika ramai yang tidak sabar mengumpul wang untuk membeli kereta pertama buat diri sendiri, individu ini pula teruja menghadiahkannya untuk kesenangan ibu bapa.

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia membeli sebuah kereta model Perodua Axia hasil titik peluhnya.

Walaupun pada mulanya dia gembira kerana dapat menghadiahkan sebuah kereta, namun kata-kata ibunya yang seolah-olah memperkecilkan pemberian tersebut membuatkan dia terasa hati.

"Saya baru beli kereta pertama, Axia dan saya beri kepada ibu bapa untuk guna kereta tu. Berbual dalam telefon dengan ibu minggu lepas.

"Macam biasa borak-borak. Kemudian perbualan menjurus kepada, ibu saya cakap, ada seorang kawan dia ni beritahu 'kenapa beli Axia... nak bawa jalan jauh tak sedap la'

axia 2

Perselisihan faham ada kalanya boleh membuatkan seseorang stres. -Gambar hiasan

"Macam-macamlah dia punya complain tu. Dia (kawan ibu) cakap Axia patut jadi kereta kedua dan additional je," luahnya mengimbas kembali perbualan telefon bersama ibunya minggu lalu.

Tambah individu tersebut, walaupun kata-kata berkenaan bukanlah diluahkan daripada mulut ibunya, namun apa yang membuatkan dirinya terasa apabila wanita itu seolah-olah mengiyakan apa yang diperkatakan oleh rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah kaki perli, anak kecil hati! Sejak nak kahwin lagi teruk kena sebab kurangkan duit belanja - “Jadi tak ikhlas nak bagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua kuat ibadah tapi layan menantu macam hamba! Hanya baik jika seleranya dituruti, makanan terhidang elok

"Saya tamatkan panggilan macam tu je sebab takut terkeluar benda yang tak sepatutnya.

"Dah seminggu tapi saya masih ingat. Kalau seorang ibu boleh terasa dengan anak dia, salah ke kalau seorang anak terasa dengan ibu dia?"luahnya lagi di laman X.

Mungkin makcik tu jealous sebab anak dia tak bagi kereta dekat dia.

NETIZEN

Luahan tersebut kemudian disiarkan oleh akaun @twtsecretMY yang sehingga kini meraih 1,400 ulang kicau

Menjengah ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan reaksi bercampur dengan ada antara mereka yang menyelar tindakan rakan kepada ibu individu berkenaan.

"Dear anon.Kau buat bodoh je dengan statement orang tu... bukan dia bayar duit bulan bulan kat bank tu.

"Selalunya orang yang condemn banyak dan bagi speech hate macam ni sebenarnya dia jealous dengan orang tu. Mungkin makcik tu jealous sebab anak dia tak bagi kereta dekat dia," komen netizen.

komen axia

Reaksi netizen terhadap perkongsian tersebut.

Dalam pada itu, ada yang berpandangan individu berkenaan tidak perlu mengambil serius dan tidak perlu berkecil hati dengan kata-kata ibunya.

"Orang tua ni kadang biasalah, dengar sangat cakap orang. Dia mungkin risau kereta tu cepat rosak ke atau tak tahan lama. Explain je balik kenapa Axia best jadi dia boleh cerita pulak dekat orang lain nanti.

"Kamu boleh berterus terang dengan ibu kamu. Kadang-kadang mak mak ni dia direct thinking. Kalau tak address dia tak tahu. Biasalah makcik-makcik bawang suka terpaling," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain