KETIKA ramai berlumba-lumba untuk memiliki kenderaan baharu, ada yang memilih untuk menghargai nilai sentimental. Seperti gadis yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan ini, dia selesa memandu kenderaan dengan nama jolokan 'kereta perang' kerana keadaannya yang daif tetapi masih teguh berfungsi. Melalui satu video tular di TikTok, Nurul Kamisah, 25, dilihat cekap mengemudi kereta jenis Proton Saga Iswara Aeroback walaupun diakui agak renyah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita lanjut kepada mStar, Nurul berkata dia sudah memandu kereta itu selama tujuh tahun sejak mula mendapatkan lesen memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menurut Nurul, kereta Iswara itu pada asalnya adalah milik ayahnya yang kini berusia 65 tahun. "Saya dah tak ingat tahun bila ayah beli kereta Iswara tu, nak tunjukkan betapa lama, sampai tak tercapai memori. Tapi saya boleh cakap waktu saya sekolah rendah dah ada kereta tu. ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak minat Hairul Azreen, siap berangan jadi anggota Malbatt! Bapa tak tunggu lama, terus DIY kereta kebal ARTIKEL BERKAITAN: Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza... Tekan minyak macam orang muda! "Kereta perang saya ni banyak berjasa, walaupun macam-macam bunyi keluar apabila saya pandu, seolah kereta kebal, tapi ia tetap steady dengan usianya yang boleh dikira warga emas. "Saya tamat je sekolah terus guna kereta Iswara ni untuk berlatih sebelum ambil lesen. Kemudian apabila saya masuk belajar ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pun kereta Iswara ini yang mendampingi saya. "Masuk alam pekerjaan masih kereta Iswara ni yang berkhidmat untuk saya. Selepas tiga tahun kerja baru saya beli kereta baharu, Proton Saga, setia betul saya dekat Proton. Iswara kini tinggal di rumah je," kata Nurul. Ada juga yang kagum, sebab biasanya lelaki yang berani bawa kereta lama begini, manual lagi tu. NURUL KAMISAH Tambah Nurul, kereta Iswara tersebut terus disimpan kerana berasa sayang untuk dilepaskan. "Pertama sekali kereta Iswara ni bukan power stereng, maksudnya kalau waktu saya pandu, saya perlukan tenaga yang lebih untuk pulas steering tu. Kalau dah pulas pun, kereta akan belok sikit je, jadi saya kena lebih lincah. Keadaan di dalam kereta Proton Iswara yang dipandu Nurul. "Keduanya kereta ni tak ada pendingin hawa dan kerusi dia diperbuat daripada kulit. Kalau memandu waktu tengah hari, memang macam ketuhar. Nak pegang apa-apa dalam kereta tu terasa panasnya macam nak melecur. "Badan jangan cakap, 'berkicap' dengan peluh, harapkan angin luar je penyelamat. Pengelap cermin (wiper) pun rosak, jadi kalau memandu waktu hujan kena ekstra berhati-hati atau berhenti dulu di tepi jalan. "Radio dalam kereta juga asyik tercabut, saya kena ubah suai untuk elakkan dia melantun keluar daripada slot. Kalau nak buka dan tutup tingkap ada butang motor, tapi tak rapat, jadi kena tolak juga guna tangan," jelas Nurul. Pelekat cukai jalan di dalam kereta Nurul yang dianggap luar biasa oleh warga maya. Selain itu, turut mencuri tumpuan adalah pelekat cukai jalan yang tergantung di bawah cermin pandang belakang. "Ayah saya kurang minat lekat road tax dekat cermin sebab nanti dia akan mereput dan berbekas, nampak buruk. Jadi sebab tu ayah saya laminate dan gantung je. "Saya boleh katakan jiwa kena kental nak bawa kereta Iswara ni. Kawan-kawan atau kenalan pun kalau nampak kereta Iswara warna biru ni daripada jauh, mereka dah boleh tahu itu saya. Kedua-dua kereta lama dan baharu yang dipandu Nurul berjenama Proton. "Ada juga yang kagum, sebab biasanya lelaki yang berani bawa kereta lama begini, manual lagi tu, tapi saya sebagai seorang perempuan pun mampu. "Kereta Iswara tu sekarang hanya digunakan untuk perjalanan yang dekat seperti jika ayah nak pergi ke kedai, saya pun akan pandu kadang-kadang," kata Nurul yang kini bekerja dalam bidang multimedia. Berbicara soal penyelenggaraan, Nurul berkata kereta Iswara itu hanya akan dihantar ke bengkel jika ia mengalami kerosakan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube