SIAPA sangka kura-kura yang nampak comel juga boleh menjadi ancaman kepada alam semula jadi. Haiwan akuatik ini berada di bawah kategori omnivor iaitu hidup dengan makan tumbuhan dan daging. Kerana sifatnya itu, sumber makanan kura-kura ini terdiri daripada campuran hidupan air yang lain seperti ikan-ikan kecil dan alga. Spesies kura-kura yang bukan berasal dari Malaysia. Video tular di akaun TikTok @abg_ikan6945 mendedahkan bahawa kura-kura jenis red-eared slider merupakan spesies 'ceroboh' yang boleh merosakkan ekosistem setempat. Menerusi video itu, lelaki berkenaan dilihat menangkap kura-kura tersebut dari sebuah tasik dipercayai di Cyberjaya, Selangor dan menjelaskan bahaya dan ancaman yang dibawa haiwan berkenaan. "Ini adalah sejenis kura-kura bersifat invasive (ceroboh) yang boleh mengancam ekosistem negara, tempat asalnya adalah dari barat tengah Amerika Syarikat hingga ke utara Mexico. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda termenung dapat tahu stok ikan kembung, udang segar dicuri... Rugi RM800, niat cari rezeki awal pagi terbantut ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut ikan nampak segar, sampai rumah jadi busuk! Rupanya ada sebab peniaga bungkus di belakang tempat kira duit "Jadi macam mana kura-kura ni boleh masuk ke Malaysia? Orang kita ramai beli kura-kura ni masa dia kecil sebagai haiwan peliharaan, ada banyak jual dekat kedai dalam RM8 atau RM5. "Orang kita suka sebab kura-kura ni memang comel. Tapi itulah, apabila dia dah besar, orang kita akan lepas kura-kura ni ke dalam tasik sebab susah nak jaga," terang lelaki itu. Tambahnya lagi, walaupun perkara ini sudah menjadi kebiasaan tetapi ia boleh membawa impak buruk dalam jangka masa panjang. Lajunya dia pecut, baru ingat kura-kura ni perlahan, kalau begini rupanya, arnab pun boleh tewas teruk. WARGA MAYA "Kita bela dan kemudian lepas, nampak macam tak ada apa, tapi apabila buat perkara ni berulang kali, ikan kita boleh habis kura-kura ni makan. "Dan ia boleh membiak dengan sangat banyak. Saya agak marah juga apabila jadi begini, dah la jenis tak takut orang kura-kura ni," kata lelaki itu. Namun, ketika lelaki tersebut sedang leka bercerita, kura-kura tersebut lantas memecut untuk kembali semula ke tasik. Detik kura-kura yang ditangkap cuba melarikan diri. "Alamak dah terlepas, baru cakap jangan lepaskan kura-kura ke tasik. Allah, ini terlepas pula," kata lelaki itu terbaring ke atas tanah kecewa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya sempat berjenaka mengenai kepantasan pergerakan kura-kura tersebut yang bercanggah dengan naratif dalam cerita rakyat. "Lajunya dia pecut, baru ingat kura-kura ni perlahan, kalau begini rupanya, arnab pun tewas teruk. Sebahagian komen warga maya. "Sebenarnya kura-kura yang jenis hidup dekat darat memang lembab, tapi kalau penyu atau kura-kura yang hidup dalam habitat air macam video ni, memang laju," jelas warga maya. Warga maya lain yang merupakan penduduk sekitar juga mengakui tasik Cyberjaya sudah menjadi 'sarang' kura-kura berkenaan. "Tasik ni memang banyak kura-kura, tapi rasanya tak apa kot sebab ini tasik buatan untuk takungan air hujan, tak kacau apa-apa ekosistem alam. "Tak juga tuan, walaupun tasik buatan, tapi dia ada aliran air limpah kalau hujan terlampau lebat, dari situ kura-kura ni boleh masuk ke sungai-sungai lain," terang warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube