suria

Asyik pening, muntah-muntah tapi tak hamil... Wanita hidup merana kahwin duda, bekas isteri suami tak ‘move on’ hantar sihir!

Amalan sihir boleh mengganggu kehidupan mereka yang menjadi mangsa. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan yang berkahwin mengimpikan hubungan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat walaupun ada yang putus di tengah jalan.

Perpisahan yang terjadi menyebabkan sesetengah individu berasa kecewa sehingga sanggup mengamalkan perkara kurafat seperti menyihir pasangan mahupun ahli keluarga.

Berdepan perkara sama, seorang wanita mendakwa dia menjadi mangsa sihir bekas isteri suaminya.

Berkongsi cerita di TikTok, wanita itu berkata sejak berkahwin dia dan suaminya hidup berjauhan.

“Saya seorang janda mempunyai dua orang anak dan berkahwin dengan duda kepada empat orang anak.

Sesetengah individu masih berhubung dengan bekas pasangan demi anak-anak. -Gambar hiasan The Star

Sesetengah individu masih berhubung dengan bekas pasangan demi anak-anak. -Gambar hiasan The Star

“Anak-anak suami semua di bawah jagaan bekas isterinya. Sudah setahun perkahwinan dan kami pasangan PJJ (perhubungan jarak jauh). Saya di Johor dan suami di Perak,” ujarnya memulakan cerita.

Bagaimanapun kata wanita itu, dia terkejut apabila mendapati suaminya masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas isteri, melebihi daripada yang sepatutnya.

“Saya tergerak hati untuk periksa telefon suami. Alangkah terkejutnya saya apabila suami masih berhubung dengan bekas isterinya.

“Keluar bercuti sama-sama, patut la jarang balik kepada saya dengan alasan buat kerja kebun. Kami berdua orang yang berkerjaya,” luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris cerai angkara sihir! Isteri mimpi kena tikam, muntah darah waktu mengandung... Tiba-tiba tangan suami bertukar hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Marah dicerai talak 3, wanita kantoi selingkuh dengan lelaki lain jumpa bomoh... Kirim sihir kenakan bekas suami dan isteri baharu

Ujar wanita berkenaan, dia pernah menyuarakan tentang rasa kurang senang akan hal itu namun suaminya memberi alasan ia dilakukan demi anak-anak.

Meskipun terasa hati dengan perkara tersebut, wanita ini tetap mendiamkan diri dan melihat setiap tingkah laku suami bersama bekas isteri.

“Bermula Februari 2023, saya mula berasa sakit, pening, muntah dan loya sampai masuk wad... ingatkan mengandung.

Details checkup menunjukkan saya tidak hamil tetapi setiap hari badan rasa tidak sihat. Saya buat pemeriksaan susulan di hospital swasta.

Paling sedih apabila segalanya perlu dihadapi sendiri dan suami hanya datang dua minggu sekali.

PELAYAR TIKTOK

“Keputusan ujian darah, CT scan, x-ray semua normal. Saya jadi hilang arah... saya tidak boleh makan, minum serta sering muntah dan loya,” tambahnya.

Tidak hanya perlu menanggung derita sakit misteri, wanita itu dikejutkan pula dengan permintaan daripada bekas isteri suaminya untuk bersua muka.

Bagaimanapun suaminya berpesan supaya dia tidak mencari gaduh mahupun melakukan apa-apa tindakan di luar kawalan.

“Awal bulan puasa suami maklumkan bekas isteri dia teringin berjumpa saya. Suami nasihat jangan bergaduh atau cari pasal... saya hanya turutkan sahaja.

“Kami berjumpa di sebuah taman. Apabila suami tinggalkan saya denyan bekas isteri untuk ke tandas, dia mula berceritakan tentang keburukan suami.

Ritual sihir yang dilakukan bertujuan menyakiti seseorang individu. -Gambar hiasan The Star

Ritual sihir yang dilakukan bertujuan menyakiti seseorang individu. -Gambar hiasan The Star

“Saya hanya mendiamkan diri dan buat-buat seperti ada panggilan telefon masuk,” katanya menceritakan semula tentang pertemuan berkenaan.

Namun selepas pertemuan itu, wanita itu mendakwa dia mengalami kesakitan yang lebih teruk.

“Sampai sahaja di hotel, saya rasa badan lagi sakit dan anak tekak seperti berduri-duri tidak dapat telan air liur... saya ajak suami ke hospital.

“Tetapi suami bawa saya ke rumah bapa saudaranya yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam. Saya dikatakan terkena sihir,” katanya.

Sejak daripada itu, bermulalah episod dia menderita akibat perbuatan sihir.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Malah sudah 13 orang pengamal perubatan yang ditemui namun masih belum berjaya mendapatkan penawar.

Bukan itu sahaja, kesemua mereka menyatakan amalan sihir itu dilakukan orang yang rapat dengan suaminya.

“Apabila masuk waktu asar, badan saya akan sakit seperti dicucuk-cucuk dengan jarum. Walaupun begitu, saya masih pergi dan balik kerja seperti biasa.

“Paling sedih apabila segalanya perlu dihadapi sendiri dan suami hanya datang dua minggu sekali. Mujur ada kawan-kawan yang membantu membawanya mendapatkan rawatan,” tambahnya.

Situasi yang dialaminya itu membuatkan dia meminta suaminya kembali bersama dengan bekas isteri.

Namun suaminya enggan meskipun terpaksa menanggung segala hutang bekas isteri.

“Saya pernah menyuruhnya kembali kepada bekas isteri jika masih ada rasa sayang, tetapi dia tidak mahu kerana bekas isteri suka bertukar pasangan.

“Disebabkan itu, saya memintanya melepaskan saya sekiranya dia masih melakukan perkara sama tanpa kehadiran saya,” katanya.

As the holy month continues, Muslims worldwide gather in mosques for Friday prayers, including at the Al-Iman Al-Tirmizi Mosque in Taman Sri Sentosa. The significance of this communal experience is paramount to the Muslim faith, as worshippers come together to pray and seek spiritual guidance. This tradition fosters a sense of community and unity among Muslims from diverse backgrounds, and mosques like Al-Iman Al-Tirmizi play a vital role in facilitating this sacred tradition.  ( MAC 31 2023) — ART CHEN/The Star

Solat lima waktu dan amalkan zikir harian boleh menjadi pelindung kepada perbuatan sihir yang dilaknat Allah. -Gambar hiasan

Sebagai peringatan bersama, Islam menolak amalan sihir dan mengajar umatnya untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir.

Seperti FirmanNya yang bermaksud, "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).” Surah al-Falaq, 113:4.

Sementara itu hadis Rasulullah SAW juga jelas menyenaraikan amalan sihir sebagai salah satu dosa besar.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Pesuruh Allah? Apakah dosa-dosa itu?

“Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.” Hadis riwayat Imam Bukhari (2766) dalam Sahih-nya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain