SELAIN bersoladiriti dalam perhimpunan sebagai tanda sokongan kepada Palestin, rakyat Malaysia juga bersatu hati memboikot produk yang berpotensi menyalurkan dana kepada Israel. Namun tindakan itu didakwa turut memberi kesan mendalam terhadap sesetengah individu terutama pekerja kategori orang kelainan upaya (OKU) berstatus sambilan. Menerusi beberapa perkongsian di laman X, ramai yang mengadu tentang nasib ahli keluarga serta rakan berstatus OKU yang tidak dipanggil bekerja sejak pelancaran boikot. Sesetengah syarikat memberikan vest kepada pekerja OKU agar mudah dikenali. “Abang ipar saya OKU pendengaran, kerja sambilan di restoran makanan segera. Sejak boikot bermula, dia tak dipanggil bekerja... ada sesiapa tahu kalau terdapat kerja kosong? Dia baru berkahwin, lokasi Tanah Merah Kelantan,” ciapnya. Luahannya itu membuatkan beberapa individu lain tampil berkongsikan kisah yang sama dan menyatakan kesukaran golongan OKU dalam mencari rezeki. Tambahan pula, menurut mereka tidak banyak syarikat yang mudah mengambil OKU sebagai kakitangan sekali gus membuka peluang golongan tersebut menambah sumber pendapatan. ARTIKEL BERKAITAN: Kad kredit rakyat Israel digodam, ramai guna beli iPhone 15 Pro Max... ‘Check out’ kerusi gaming pun ada! ARTIKEL BERKAITAN: Minah salih perlekeh Malaysia, bandingkan dengan AS... ‘Pak Arab’ TikTok tolong back-up! Tentera bawang pun tumpang sekaki “Antara sebab aku ambil keputusan tak boikot. Sebab syarikat makanan segera macam ni saja yang sanggup gajikan OKU sebagai salah satu CSR (tanggungjawab sosial korporat) mereka. “Tak semua syarikat buat macam ni. Lagi-lagi macam di Tanah Merah, tak banyak pilihan kerja pun,” ujarnya. Kalau nak kira OKU dengan rakyat Palestin, jauh betul jumlahnya... Insya-Allah ada yang prihatin. WARGA MAYA Lantaran itu warga maya berpandangan adalah tidak wajar untuk memboikot secara membuta tuli kerana ia akan menjejaskan segelintir pihak. “Saudara saya adalah OKU dan hanya restoran makan segera itu sahaja yang akan gajikan orang macam dia. Setiap bulan jadi pekerja contoh dan diberi anugerah. Mereka rasa dihargai. Antara reaksi netizen di ruangan komen. “Tak sepatutnya boikot restoran makanan segera itu di Malaysia... tapi orang membuta tuli boikot sebab syarikat itu di luar negara lain sokong Israel. “Strategi boikot ni patutnya bukan untuk melingkupkan syarikat tu tapi untuk paksa mereka ‘pilih’,” ujar beberapa warga maya. Pun begitu, tidak kurang juga yang beranggapan situasi dialami pekerja OKU itu tidak seteruk mangsa peperangan kerana masih berada dalam negara yang stabil. “Kalau nak kira OKU dengan rakyat Palestin, jauh betul jumlahnya. Bagi aku better lemahkan ekonomi syarikat-syarikat yang terbabit, pekerja OKU masih dalam Malaysia... Insya-Allah ada yang prihatin. “Sebagai seorang Muslim, mari sama-sama kita buang persepsi kebergantungan kepada makhluk (syarikat) ni,” tambah segelintir netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube