LAGAKNYA seperti orang bujang, rupa-rupanya berstatus suami orang. Berkahwin bertahun-tahun dan tinggal sebumbung, tapi kedai mamak ibarat 'sahabat setia'. Begitulah rintihan seorang wanita yang bersuamikan lelaki kaki lepak yang tidak boleh berenggang dengan kawan-kawannya. Menerusi satu perkongsian di laman X, wanita berkenaan kesal dengan golongan suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik sebagai ketua keluarga. Seorang wanita menanti di pintu rumah. -Gambar hiasan / AZHAR MAHFOF Lebih mengecewakan apabila si suami bersikap mementingkan rakan berbanding isteri dan anak-anak di rumah. "Orang lelaki kalau belum puas enjoy atau lepak dengan kawan, jangan la kahwin okay. Kasihan isteri, anak," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Kami gaduh sebab mulut keldai hangpa!” - Suami asyik keluar lepak, bini naik angin dengan geng bujang ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah tegur, kunci pintu rumah!” - Nah... Idea ‘kasar’ buat isteri yang tawar hati, buntu suami asyik lepak sampai pagi Menurut wanita itu, dia sudah berkahwin selama hampir dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata berusia enam bulan. Anak yang masih kecil memerlukan kasih sayang ibu bapa. -Gambar hiasan / SAM THAM Namun katanya, sikap suami yang suka melepak bersama rakan-rakan hampir setiap hari membuatkan dia dan anak seperti diabaikan. "Masa awal-awal kahwin semua okay. Masuk tahun pertengahan, suami asyik keluar melepak sampai pukul 2 atau 3 pagi. "Masa tu aku okay sebab tak ada anak lagi. Tapi apabila dah ada anak ingatkan suami berubah, rupanya tak. Sampai sekarang kalau balik kerja, orang pertama yang dia pergi jumpa kawan," katanya dengan nada kesal. Ingat tak letih ke isteri duduk rumah jaga anak, buat kerja rumah yang sama tiap-tiap hari. NETIZEN Tambah si isteri itu lagi, dia sendiri jarang meluangkan masa bersama suami yang lebih gemar berjumpa dengan rakan-rakan di luar. "Pukul 8 malam baru dia balik (kerja). Balik mandi, duduk sekejap, pukul 9 atau 10 malam dia akan keluar balik melepak dengan kawan. Pukul 1 atau 2 pagi baru akan balik. "Macam tu la rutin suami aku setiap hari. Setiap hari cuma ada aku dan anak saja kat rumah," luahnya lagi. Hubungan suami isteri semakin renggang. -Gambar hiasan Di ruangan komen menerusi luahan tersebut, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman selain berang dengan sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri suami kepada wanita itu. "Melampau sangat kalau hari-hari. Kita sebagai isteri pun tak adalah kejam sangat tak bagi suami lepak. Agak-agaklah kalau setiap hari nak keluar lepak. Anak-anak dengan isteri pun nak luangkan masa dengan suami juga. Payahlah orang tak common sense ni. "Kasihan anak isteri dapat suami macam ni. Dia ingat tak letih ke isteri duduk rumah jaga anak, buat kerja rumah yang sama tiap-tiap hari. Sekali-sekala okay la, tak okay kalau dah tiap-tiap hari, tiap malam keluar. "Sebelum kahwin, selidik dulu latar belakang. Jangan sebab muka handsome terus nak kahwin. Fikir masak-masak. Muka yang elok tu sekejap je, perangai yang elok juga akan mengekalkan rumah tangga bahagia. "Tanggungjawab dekat kawan ke dekat isteri. Dengan kawan ke dengan janda tu?" demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube