suria

“Kami bukannya babysitter!” - Cikgu larang ibu hantar anak datang sekolah, tak sanggup layan murid hiperaktif

Ibu bapa pastinya mahu anak-anak mendapat pendidikan yang sewajarnya. -Gambar hiasan The Star

SETIAP ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja supaya anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik meskipun terpaksa bersusah payah.

Namun seorang ibu terkejut apabila anaknya dilarang ke sekolah kerana didakwa berkelakuan luar kawalan dan agresif.

Perkara itu didedahkwan wanita berkenaan menerusi tangkap layar perbualannya bersama seorang guru yang dikongsikan di TikTok.

“Esok tak payah bagi anak puan datang ke sekolah. Hari-hari pukul budak... murid-murid datang ke sekolah nak belajar dengan tenang bukannya macam anak puan.

Antara tangkap layar mesej daripada guru anaknya.

Antara tangkap layar mesej daripada guru anaknya.

“Dia mengacau dalam kelas sahaja, cikgu-cikgu nak mengajar dengan aman pun tak boleh.

“Kami ni cikgu-cikgu puan, tugas mengajar bukannya jadi babysitter nak tengok kelakuan anak puan,” ujar cikgu terbabit kepada si ibu yang enggan dikenali itu.

Bukan itu sahaja, guru terbabit turut mendakwa kanak-kanak tersebut sering menunjukkan tingkah laku yang tidak berdisiplin.

Malah katanya, anak kepada wanita terbabit tidak boleh ditegur kerana akan mengamuk selain menghempas apa sahaja barang yang ada di dalam kelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu lepas geram, bebel ibu tak didik anak dari rumah... Datang sekolah asyik menangis - “Masalahnya tiada kesedaran nak belajar”

ARTIKEL BERKAITAN: Van tak tutup pintu, anak jatuh sebelum digilis! Ibu meraung tengok CCTV, si kecil menderita pecah saluran pundi kencing

“Dia memang tak boleh belajar bersama murid lain, dia tidak boleh ditegur, tak menghormati guru dan tidak berdisiplin,” tambah guru tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen, wanita berkenaan menjelaskan perkongsian yang dibuat bukanlah untuk menyalahkan guru tersebut sebaliknya mencari solusi dan pandangan bagi membantu anaknya.

“Jangan salah faham ya, saya tak salahkan cikgu-cikgu yang mengajar anak saya... cuma nak tanya parents yang ada anak hyper macam ni.

“Macam mana cara handle dan rawatan terbaik. Saya sebagai ibu nak yang terbaik dan mahu anak bersekolah seperti biasa,” luahnya di laman TikTok.

Kena masuk sekolah khas ni... nanti ada cikgu memang berpengalaman untuk handle anak puan.

WARGA MAYA

Berkongsi lanjut dengan mStar, wanita yang berasal dari Kuantan di Pahang ini mengakui berasa sedih apabila anaknya tidak dapat dihantar ke sekolah seperti kanak-kanak sebayanya.

Malah katanya, dia perlu mendapatkan surat perakuan daripada doktor berhubung tingkah laku anaknya yang dikatakan ‘tidak normal’.

“Sekarang jadi susah, anak tak boleh ke sekolah... kena dapatkan surat doktor. Jumpa pakar terapi, kos RM150 sejam.

“Dia baru sahaja sudah tidak ke sekolah, jumpa terapi pada Sabtu lalu. Pihak terapi minta supaya kami datang semula kerana masih tidak mengetahui punca masalah anak.

Kelas agama dan fardu ain diadakan pada sesi petang persekolahan. -Gambar hiasan

Kelas agama dan fardu ain diadakan pada sesi petang persekolahan. -Gambar hiasan

“Nak pergi klinik kerajaan, tak ada di Kuantan ni. Perjumpaan kedua nanti, mereka akan bagi surat rujukan untuk bertemu doktor pakar,” luahnya.

Tambah wanita itu, dia bagaimanapun pelik dengan situasi yang berlaku di sekolah anak sulungnya itu.

Mana tidaknya, hanya seorang guru sahaja sering mengadu tentang tingkah laku anaknya yang baru berusia lapan tahun itu.

“Saya takut anak betul-betul ada masalah, tapi di sekolah KAFA (kelas agama dan fardu ain) dia okay sahaja. Sekolah kebangsaan yang ada masalah dengan cikgu tu seorang.

Warga maya turut memberikan pandangan masing-masing dan kata semangat kepadanya.

Warga maya turut memberikan pandangan masing-masing dan kata semangat kepadanya.

“Sebab apabila jumpa cikgu sains atau matematik, semua cakap dia okay dan cepat faham. Cuma cikgu bahasa Melayu yang dia ada masalah.

“Di sekolah lama pun berlaku situasi macam ni, anak ada masalah dengan guru kelas dia sahaja,” tambahnya yang pernah membawa anak berjumpa pakar kanak-kanak pada usia tiga tahun.

Namun katanya, pada masa tersebut doktor mengesahkan anaknya adalah normal dan tidak mengalami masalah kesihatan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan kata-kata perangsang kepada wanita ini selain berkongsi pandangan masing-masing.

Pun begitu kebanyakannya mengesyorkan supaya anaknya dimasukkan ke kelas pendidikan khas supaya dapat terus belajar.

“Kena masuk sekolah khas ni... nanti ada cikgu memang berpengalaman untuk handle anak puan. Insya-Allah dipermudahkan semuanya.

“Hantar terapi. Masukkan sekolah khas, saya punya anak saudara yang ada hyper dan ADHD. Memang luaran nampak normal tapi sebenarnya tak.

“Bagus awak ni sebab terima tanpa melenting. Jangan takut untuk pandangan kedua, semoga yang mudah-mudah sahaja untuk anaknya,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain